Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Julai 2019

Wee Ka Siong Perjelaskan Kronologi Isu KOJADI - Yayasan 1MDB.

Wee Ka Siong | KRONOLOGI ISU KOJADI - YAYASAN 1MDB

Saya selalu juga berjumpa dengan Pengerusi Koperasi Jayadiri Berhad (KOJADI) Datuk Ng Peng Hay sebelum ini. Kebetulan pula pejabatnya terletak di Wisma MCA, Jalan Ampang. Setiap apa yang diperkatakan beliau, masih segar dalam ingatan saya. Tambahan pula, saya sentiasa mencatat perkara-perkara penting di dalam buku nota.

 

 
Berikut kronologi apa yang berlaku dalam isu KOJADI - Yayasan 1MDB :

16 Ogos 2012

Sepucuk surat KOJADI yang ditandatangani Ng Peng Hay telah dihantar kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi memaklumkan penerimaan geran RM15 juta daripada Yayasan 1MDB. Geran ini bertujuan melaksanakan skim mikro kredit atau bantuan yang memberi manfaat kepada ramai ahli tanpa mengira kaum khususnya dalam mencungkil bakat dan merangsang keusahawanan muda untuk menubuh atau mengembangkan perniagaan mereka. Mengikut peruntukan Seksyen 50(g) Akta Koperasi 1993, koperasi dibenarkan menerima derma dan geran daripada pihak ketiga.

30 Ogos 2012
SKM membalas surat KOJADI dengan mengatakan bahawa pihaknya tiada halangan berhubung hasrat KOJADI untuk menerima geran tersebut.

18 Mei 2018

Beberapa hari selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya (PRU14), pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan surat menuntut KOJADI membayar cukai pendapatan termasuk penalti atau denda. Jumlah yang perlu dilunaskan ialah RM1,031,606.44.

11 Jun 2018

Lembaga Pengarah KOJADI akur dengan tuntutan LHDN dan melangsaikan kesemuanya.

21 Disember 2018

Lim Guan Eng enggan memberi peruntukan RM50 juta dalam bentuk pinjaman kepada KOJADI walaupun Bajet 2019 telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut laporan media, Guan Eng kata peruntukan tersebut hanya akan diberi sekiranya KOJADI dipisahkan dengan MCA. Wah! Ini memang Menteri Kewangan yang sangat berkuasa (powerful) sehingga keputusan parlimen pun dia boleh ketepikan, patutlah orang menggelar Guan Eng sebagai “tokong”. Tapi ini jelas ada muslihat politik dan satu bentuk penyelewengan kuasa serta mendiskriminasikan KOJADI!

Guan Eng nampaknya keliru bahawa KOJADI dan MCA adalah dua organisasi berlainan. Benar KOJADI diasaskan oleh parti MCA tetapi bukan semua ahli parti adalah Ahli koperasi tersebut. Mereka perlu menabung di KOJADI barulah layak menjadi ahli KOJADI. Kini koperasi bertaraf 5 bintang ini memiliki ahli koperasi seramai 60,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum. Mana mungkin untuk ahli MCA saja? Guan Eng tidak memahami apa itu Akta Koperasi. Parti politik bukanlah pertimbangan dalam kelulusan pinjaman. Sebaliknya, peminjam mestilah ahli koperasi, bukan ahli parti politik. Guan Eng, pakailah otak sikit!

26 Disember 2018

Datuk Ng Peng Hay menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung geran Yayasan 1MDB sebanyak RM15 juta dan meminta nasihat SPRM. Saya dimaklumkan oleh Ng bahawa beliau bertindak sedemikian atas persetujuan Lembaga Pengarah Kojadi & pihak koperasi yang mengambil inisiatif SENDIRI untuk menulis surat kepada Dato’ Seri Shukri Abdull, tanpa diminta oleh mana-mana pihak.

Peliknya, Peng Hay yang menulis surat ini terus membuat salinan surat kepada Lim Guan Eng! Mula nampak seolah-olah wujud “kesepakatan” antara Peng Hay dengan Guan Eng.

Penubuhan Yayasan 1MDB adalah di bawah KPDNKK manakala SKM di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Apa pula kena mengena dengan Kementerian Kewangan? Haha....

30 Januari 2019

SPRM membalas surat KOJADI dan mengatakan bahawa kes 1MDB masih dalam siasatan, langsung tidak menyebut tentang Yayasan 1MDB! Dalam masa sama, surat tersebut turut mengatakan akan memaklumkan kepada KOJADI jika memerlukan bantuan atau kerjasama.

Jadi, apa yang salahnya jika KOJADI hanya bertindak mengikut tertib dan lunas undang-undang? 14 Ahli Lembaga Pengarah telah memperjelaskan bahawa apa yang diputuskan dalam mesyuarat pada 27 Jun 2019 hanyalah menyusuli perkara ini dengan SPRM melalui surat dahulu bukannya memutuskan wang kepada SPRM pada 28 Jun 2019 tanpa merujuk kepada peguam dan pucuk pimpinan. Kesimpulannya, Ng Peng Hay berbohong dan membelakangkan keputusan Lembaga. Kenapa Guan Eng percaya sangat dengan kata-kata Peng Hay?

Kenapa pula hanya Peng Hay seorang sahaja yang dibela Guan Eng berbanding 14 ahli lembaga pengarah yang lain?Guan Eng puji Peng Hay sebanyak 3 kali, semasa menjawab soalan di dalam Dewan Rakyat, ketika keluar Dewan dan mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen dan pada keesokan harinya Kementerian Kewangan sekali lagi mengeluarkan kenyataan media memuji Peng Hay.

Yang ganjilnya kenyataan media memaklumkan setakat ini nilai wang 1MDB yang berjaya diperolehi atau dituntut ialah RM900 juta dan ada pihak memulangkan dana Yayasan 1MDB sebanyak RM6.1juta serta disahkan ianya bukan pemulangan wang Yayasan 1MDB dari KOJADI. Tetapi Peng Hay dipuji, pasal apa?

Kebenaran pasti muncul. - 14 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...