Setakat ini sebanyak 15,000 pengguna telah melakukan undian. Baki 18% pula memilih mahu tahu siapakah dalang penyebar video.
"Pelaku dah kenal, baik cari dalang min," kata Niezam.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata rakyat di negara ini mahu tahu kesahihan video intim bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang dikaitkan dengan timbalannya, Mohamad Azmin Ali.
Menurut beliau, rakyat juga turut mahu mengetahui dalang di sebalik penyebaran empat video intim berkenaan yang tular bulan lalu.
"Adahu tahu kedua dua benda itu," katanya kepada media.
Dalam perkembangan berkaitan PDRM mengesahkan sedang menyiasat dakwaan kononnya penyebaran video itu ada kaitan dengan ADUN Selangor.
Polis juga berkata pengesahan identiti pelaku dalam rakaman video semburit hanya akan dilakukan dalam mahkamah.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Huzir Mohamed ketika mengesahkan Agensi keselamatan siber nasional, CyberSecurity Malaysia, sudah menyerahkan laporan mereka kepada polis mengenai identiti dua lelaki yang dirakam berasmara di atas ranjang dan dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali. - 16 Julai 2019.