Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Julai 2019

Apandi Saman Lim Kit Siang RM10j.

METRO | BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan saman menuntut ganti rugi RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Mohamed Apandi sebagai plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Saibullah MV Nathan & Co dengan menamakam Lim sebagai defendan pada 5 Julai lalu.

Ia ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Shuhada Ramli pada 19 Julai ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, defendan ada menulis dan menyebabkan penyiaran atau penerbitan artikel bertajuk: “Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity” pada 6 Mei lalu.

Ia disiarkan di dalam portal berita, Malaysiakini yang mempunyai jumlah pembaca yang ramai di kalangan masyarakat pada hari yang sama.

Plaintif mendakwa artikel itu adalah fitnah dan pembohongan yang membawa makna beliau terbabit, membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB itu.

Beliau mendakwa artikel itu ditulis dengan berniat jahat dan mahu menjatuhkan imej serta maruahnya.

Selain ganti rugi am, beliau turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan.

Beliau turut memerintahkan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan semula perkataan fitnah itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...