Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Julai 2019

Speaker Sahkan Anak Bekerja Dengan Guan Eng Tapi Nafi Bertindak Bias..

POLITIK | Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof menafikan beliau bertindak tidak adil atau dipengaruhi dengan sentimen ketika membuat "ruling" ke atas Lim Guan Eng semalam. 



Pembangkang sebelum ini membuat usul agar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dirujuk ke JawatanKuasa Hak & Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan mengelirukan dewan dengan mendakwa BN merompak wang GST ketika berucap di Parlimen tahun lepas.

Menurut pembangkang, kenyataan Lim Guan Eng bercanggah dengan laporan PAC yang dikeluarkan pada 15 Julai 2019, yang mana mengesahkan wang tersebut tidak hilang sebaliknya dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Yang Disatukan.

Speaker bagaimanapun membuat ruling Lim Guan Eng tidak perlu dirujuk memandangkan laporan PAC juga mengesahkan terdapatnya perlanggaran amalan (akta GST) ketika wang GST diuruskan.

Di sosial media kemudiannya, netizens membuat pendedahan anak lelaki kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof bekerja dengan Menteri Kewangan Lim Guang Eng.

Mereka membayangkan perkara itu mungkin mempengaruhi pertimbangan Speaker ketika membuat ruling ke atas kenyataan Lim Guan Eng.

“Ini bukan perkara yang saya sorok-sorokkan. Tapi anak saya dah 31 atau 32 dan dia bebas bekerja dengan siapa-siapa saja.

"Saya rasa ini bukan penting. Yang penting saya bertindak bebas, tak dipengaruhi sesiapa sekali pun.

“Saya tak ambil pusing perkara ini. Ini normal,”
katanya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri ketika bertanyakan Speaker mengenai hal itu.

Speaker juga mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang akan mempertikaikan keputusannya terhadap Lim Guan Eng kelak. - 18 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...