Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 Julai 2019

Najib Dakwa PH Yang Guna Duit Tuntutan Bayaran Balik GST..

Najib Razak | Ini menarik.
Lampiran ini adalah penjelasan dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri yang diberi kepada PAC untuk isu wang tuntutan balik GST. (muka surat 215).

Datuk Ahmad Badri yang dilantik sebagai KSU Perbendaharaan oleh kerajaan PH menjelaskan:

1. Baki wang GST dalam akaun kerajaan setakat 1 Jun 2018 adalah RM22.85 bilion iaitu lebih tinggi dari jumlah keseluruhan wang tuntutan GST sebanyak RM19.4 bilion.

2. Bermakna ianya cukup untuk membayar semua tuntutan GST. Wang GST tak hilang atau disalahgunakan. Malah, bakinya adalah lebih dari jumlah tuntutan GST.

3. Tiada keperluan untuk membayar seluruh tuntutan RM19.4 bilion pada masa itu kerana tuntutan masih dalam siasatan dan semakan.

Saya tertarik kepada soalan Ahli Parlimen PH Willie Mongin yang bertanya jika wang tak hilang dan cukup untuk bayar, kenapa mereka perlu adakan siasatan PAC?

Saya boleh jawab.

Apa yang sudah berlaku ialah baki RM22.85 bilion itu telah digunakan oleh kerajaan PH untuk menampung 3 bulan tax holiday di mana tiada hasil dari kutipan GST atau SST serta untuk menampung perbezaan dari hasil SST yang jauh lebih rendah berbanding hasil GST.

Saya juga perhatikan dalam laporan PAC bahawa tiada rekod kerajaan PH membayar balik satu sen wang tuntutan GST dari bulan Mei 2018 selepas mereka ambil alih kerajaan sehingga akhir tahun 2018.

Sepatutnya, tuntutan GST untuk April dan Mei 2018 dibayar balik pada bulan Mei dan Jun 2018 tetapi PH tak bayar satu sen pun.

Sebenarnya, pihak yang telah salahgunakan wang tuntutan GST adalah kerajaan PH - bukan BN.

Tetapi Guan Eng cuba salahkan kerajaan BN dahulu dengan menuduh kita rompak duit GST.

Ianya juga digunakan sebagai alasan oleh mereka untuk menjarah RM82 bilion dari PETRONAS.

PH sudah habiskan baki wang GST RM22.85 bilion itu

Tapi PETRONAS dijarah untuk cover balik.

Lepas itu, nak tuduh BN pulak.

Oleh kerana penipuan Guan Eng yang nak menutup penyalahgunaan baki wang GST RM22.85 bilion, 13 ahli parlimen serta pegawai-pegawai atasan kerajaan perlu menghabiskan masa untuk bermesyuarat dan mengeluarkan laporan PAC ini.
Oleh kerana Guan Eng ini, satu Malaysia telah ditipu.

Oleh kerana pembohongan Guan Eng, parlimen kita menjadi kecoh beberapa kali.

Itulah sebab Dewan Rakyat di bawah kerajaan PH telah menolak usul untuk laporan PAC GST ini didebat.

Kalau didebat, Guan Eng akan sangkut dan pembohongan mereka akan lebih ternyata. - 20 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...