Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Julai 2019

Dalang Video Semburit : Setiausaha Politik Anwar Ditahan Bagi Membantu Siasatan.

POLITIK | Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disahkan antara yang ditahan bagi membantu siasatan polis terhadap penyebaran rakaman seks dua lelaki yang dituduh melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali. 

Farhash dilaporkan ditahan bersama dua yang lain ketika berada di Johor. Dua individu yang berumur 28 dan 34 itu bagaimanapun tidak dinamakan Malay Mail dalam laporan tersebut. Namun di sosial media, salah seorang individu yang ditahan bersama Farhash dikatakan bernama Yuvaraj. Lokasi yang menjadi perbincangan untuk membongkarkan rakaman sulit itu pula berlaku di sebuah rumah di Jalan Ampang.


Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian melaporkan Farhash direman empat hari, sehingga sabtu.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Saya sahkan dua individu itu direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes video tersebut.

"Seorang lagi lelaki yang juga ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil,"
katanya.

Setakat ini polis telah menahan sembilan individu termasuk Haziq bagi melengkapkan siasatan dalang penyebar video lucah.

Pada Ahad, polis menahan enam orang termasuk Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas ketua Pemuda PKR Santubong yang mengaku beliau adalah lelaki dalam rakaman seks itu dan mendakwa berhubungan intim dengan Azmin.

Ini adalah kali kedua Haziq disiasat selepas ditahan semalaman sebulan yang lalu.

Polis memberitahu media tempatan, rakaman seks antara dua lelaki yang tersebar lima minggu lalu dipercayai didalangi pemimpin PKR sendiri.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga berkata pihak polis menyiasat segenap aspek termasuk dakwaan penglibatan seorang wakil rakyat di Selangor dalam kes penyebaran rakaman seks itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan perintah reman enam hari terhadap Haziq manakala lima yang lain yang ditahan bersamanya sejak Ahad lalu dijangka dibebaskan esok. – 17 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...