Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Julai 2019

Najib Balas Tony, Jangan Bagi Jawapan Setengah Masak..

NAJIB RAZAK | Saya ingat hanya telur boleh setengah masak je.

Tak sangka jawapan balas Tony Pua ini pun boleh setengah masak.



Pada 9 Julai lepas, saya bongkarkan sekali lagi bahawa Rakyat akan terus membayar faedah dan pinjaman RM6.2 bilion kerajaan PH untuk membeli balik 4 lebuhraya itu melalui caj tol (yang dijenamakan semula sebagai caj kesesakan) untuk selama-lamanya walaupun tempoh konsesi tamat.

Rakyat yang akan tanggung. Bukan kerajaan.

Tapi Tony Pua tak puas hati dan telah keluarkan kenyataan bahawa kerajaan juga perlu bayar untuk pemansuhan tol zaman saya PM.

Dia kata, sebab itu saya hukum rakyat dengan GST supaya ada wang untuk mansuh tol.

Pertama sekali saya nak tanya Tony:

Harga barang sudah turun selepas GST dimansuhkan, tak?

SST telah turunkan harga barang ke, seperti apa yang dia pernah ucap.

Bantuan kepada rakyat meningkat atau menurun selepas GST dimansuhkan?

Bagaimana pula dengan hutang negara?

Ok. Kita pulang ke isu tol.

Tony memetik isu tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau.

Konsesi kedua tol itu sebenarnya tamat pada tahun 2018.

Tapi pada tahun 2011 semasa saya PM, kerajaan lanjutkan konsesi kedua tol selama 20 tahun.

Yang sepatutnya tamat pada tahun 2018 kini tamat pada tahun 2038.

Kenapa BN lanjutkan konsesi untuk 2 plaza tol itu?

Kerana pada tahun 2011, kita beli balik syarikat PLUS sepenuhnya dari tangan swasta supaya syarikat itu kini milik 51% kerajaan dan 49% oleh KWSP.

Selepas beli balik, kita rundingkan semula perjanjian konsesi.

Kita lanjutkan dua tol itu untuk 20 tahun supaya kadar kenaikkan 10% setiap dua tahun yang dipersetujui PM ke-4 ditukar menjadi 5% setiap 3 tahun.

(Namun kadar tol untuk semua lebuhraya milik PLUS tak pernah naik sepanjang tempoh saya PM kerana kerajaan bayar pampasan kepada PLUS untuk tidak naikkan)

Dan kita lanjutkan konsesi untuk 2 plaza tol itu selama 20 tahun sebagai pampasan.

Bagaimanapun, selepas dilanjutkan pada tahun 2011 kedua tol itu telah dimansuhkan sepenuhya pada tahun 2018 - iaitu tarikh asal tamat konsesi sebelum dilanjutkan.

Ya, kita bayar pampasan untuk mansuhkan tol itu.

Pampasan dibayar 51% kepada kerajaan sendiri dan 49% kepada KWSP.

Bukan dibayar kepada syarikat swasta seperti kes 4 lebuhraya PH itu.

Yang Tony tak beritahu ialah tawaran RM6.2 bilion PH itu sebenarnya adalah 2.7 kali ganda nilai buku 4 lebuhraya itu.

Itulah sebab harga saham syarikat Gamuda melonjak naik setelah durian runtuh pengambilan tol ini diumumkan.

So, Tony patut boleh bezakan:

1. BN tak berjanji mansuhkan tol. Kita buat sahaja. Kita tak tipu pengundi seperti PH.

2. Kerajaan BN bayar pampasan kepada kerajaan sendiri dan kepada KWSP - bukan syarikat swasta.

3. Setelah konsesi tamat, BN robohkan plaza tol dan tak kutip apa-apa lagi.

4. PH pula akan terus mengutip tol dalam bentuk "caj kesesakan" untuk selama-lamanya walaupun konsesi tamat.

5. PH janji tol-free tapi apa yang rakyat dapat ialah tol-forever.

Yang lagi peliknya ialah Tony sendiri yang pernah kata kos pengambilan lebuhraya LDP hanya antara RM300 juta hingga RM1.33 bilion sahaja.

Kenapa sekarang PH nak tawar RM2.47 bilion untuk beli balik baki tempoh konsesi lebuhraya LDP?

Pengambilan balik Lebuhraya MEX yang Tony kata hanya RM344 juta itu bagaimana pula?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...