Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Julai 2019

FELDA Hadapi Masalah Kewangan, Tak Mampu Beri Biasiswa Pelajar Cemerlang.

SOSMED | Tular satu surat yang merujuk jawapan FELDA kepada pemohon biasiswa Dana Khas Pelajar Cemerlang ke luar negara. 


Menurut surat jawapan yang bertarikh 21 Jun 2019 itu, pemohon tidak diberikan biasiswa tersebut kerana FELDA menghadapi masalah kewangan.

"Adalah dimaklumkan, Dana Khas Pelajar Cemerlang Ke Universiti Luar Negara FELDA (DKPCLNF) telah diwujudkan pada tahun 2006 bagi membantu dan memberi peluang Generasi Baharu FELDA melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara.

Namun pada tahun 2019, FELDA tidak dapat meneruskan pembiayaian pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ke luar negara bagi kesemua pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM disebabkan kekangan kedudukan kewangan yang sedang dialami oleh FELDA,"
tulis surat itu.

Surat yang disebarkan oleh halaman Najib Razak itu bagaimanapun melaporkan biasiswa anak FELDA ditamatkan.

"Biasiswa untuk anak-anak Felda ditamatkan.

Kalau dulu, kita membantu rakyat. Rakyat kroni saya.

Hari ini rakyat diketepikan PH.

Mungkin Ikon Felda atau kroni-kroni Putrajaya dapat bantu membela nasib mereka,"
kata Najib Razak.

FELDA belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab dakwaan itu setakat ini. - 17 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...