Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Februari 2019

Selepas Dikantoikan, Tabung Haji Sekat Akses Ke Website.

LAPORAN | Netizens hari ini mempertikaikan tindakan Tabung Haji yang mahu memansuhkan konsep subsidi pukal kepada jemaah pengiring dan rayuan dengan memperkenalkan prinsip istito'ah (kemampuan).

"Istito’ah atau kemampuan mengerjakan haji termasuk mempunyai wang yang cukup untuk menampung semua perbelanjaan menunaikan haji; mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup termasuk nafkah orang di bawah tanggungan yang akan ditinggalkan di Tanah Air selain kesihatan; terpilih dalam kuota; dan mempunyai mahram (bagi wanita).


Kos sebenar untuk mengerjakan haji pada musim 1440H/2019M adalah sebanyak RM22,900 bagi seorang jemaah haji Muassasah. Kos tersebut adalah untuk membayar harga tiket penerbangan carter pergi balik, penginapan, pengangkutan, sajian makanan dan bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi bagi tempoh lebih 40 hari jemaah berada di Tanah Suci,"
kata Tabung Haji dalam satu kenyataan rasmi hari ini.


Sosmed ketika ini kecoh dengan perkhabaran kononnya Tabung Haji mahu memansuhkan subsidi kepada perayu dan pengiring haji.

Kenyataan Tabung Haji hari ini dipercayai untuk menjawab sebaran berkenaan namun isu subsidi tidak diperjelaskan secara lanjut.

Mujahid pula dalam kenyataan berkata pihaknya akan merujuk kepada Tabung Haji berkaitan polisi dan menyifatkan mereka yang menyebarkan tiadanya subsidi bagi jemaah perayu berniat jahat.

“Disebabkan perkara ini tular, saya akan merujuk semula kepada TH untuk membincangkan semula polisi sebenar yang ditetapkan TH supaya boleh mengambil kira kes membabitkan pengiring dan dan jemaah yang membuat rayuan.


“Kenyataan yang tular hari ini mungkin berniat berniat jahat yang mana mereka tulis ‘tiada subsidi’ kemudiannya ada tulisan yang kecil tertulis ‘kepada yang merayu dan mengiringi’.

“Di sini saya nak perjelaskan bahawa kita tidak keluarkan kenyataan itu dan kenyataan rasmi yang kita keluarkan adalah untuk yang merayu dan mengiringi sekiranya berjaya, pihak TH akan mengambil kira kadar kemampuan dan itu menjadi pertimbangan kita yang paling utama,”
katanya kepada wakil media.



Semakan pihak kami mendapati, hal berkaitan tiadanya subsidi kepada jemaah yang merayu dan mengiring, disahkan oleh laman web Tabung Haji itu sendiri.





Dan selepas isu mengenai subsidi menjadi tular di sosial media, netizens mendapati akses ke website Tabung Haji untuk ruangan 'saya ingin mengetahui syarat-syarat haji' dan 'maklumat am, pendaftaran haji' telah dinafikan.


https://www.tabunghaji.gov.my/ms/faq/haji/saya-ingin-mengetahui-syarat-syarat-pendaftaran-haji

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji 


 

Versi cache;



Apakah yang sedang berlaku? Hanya Tabung Haji sahaja yang dapat menjawab persoalan ini. - 16 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...