Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Februari 2019

Mujahid Digelar Menteri Anjing Angkara Program Love (Sex) In Georgetown, Ini Penjelasan Pengarah.

Fa Abdul | Rakan-rakan di Pulau Pinang serta rakyat Malaysia,

Saya ingin merakamkan permohonan kemaafan di atas salah faham yang berlaku berkaitan dengan tajuk persembahan teater saya iaitu Sex in Georgetown City. Bukan niat saya untuk menyinggung sensitiviti agama atau budaya tetapi di dalam industri kreatif, insiden seperti ini malangnya tidak dapat dielakkan.



Bagi pengetahuan ramai, persembahan teater ini terdiri daripada sepuluh sketsa, setiap sketsa berlangsung lebih kurang 8 minit. Seperti semua produksi saya yang terdahulu bertempat di Penangpac sejak empat tahun yang lalu, niat saya adalah untuk mendidik orang ramai mengenai isu-isu sosial dengan cara yang menghiburkan dan bermaklumat.
Saya faham dan bersetuju bahawa tajuk pilihan saya bagi persembahan kali ini mengelirukan dan ekoran dengan itu saya telahpun mengubahnya menjadi "<3 in Georgetown City".

Sesungguhnya persembahan teater ini membahaskan isu-isu sosial yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara kita termasuk hubungan antara kaum, perkauman, pedofilia, kahwin bawah umur dan kecurangan. Persembahan tersebut tidak menyimpang atau eksploitatif, sebaliknya ia mencerminkan cabaran dan kebiasaan budaya kita.

Dalam pengalaman saya, maklum balas dari kesemua produksi saya pada masa lalu adalah sangat positif dan sememangnya menghasilkan perbualan dan perbahasan yang sihat di kalangan ahli masyarakat.

Dengan surat ini, saya amat berharap agar salah faham ini dapat diselesaikan. Bagi pihak saya, di masa hadapan kelak saya akan menghubungi pihak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mendapatkan panduan sebelum sebarang persembahan di Pulau Pinang.

Terima kasih dan maafkan saya sekali lagi kerana kesulitan yang timbul.


-------------

Kepada semua pihak yang sedang menganjurkan protest di malam pembukaan persembahan teater " <3 di Georgetown City", besarlah harapan saya agar anda dapat membeli tiket dan datang menonton sebelum cepat melatah serta membuat tohmahan bahawa persembahan teater saya ini mempromosikan gejala sosial. 

Sesungguhnya initipati rancangan ini diselitkan dengan banyak unsur nasihat bagi mendidik lapisan masyarakat di segi penerapan nilai-nilai murni. 

Usahlah hanya menabur fitnah di media sosial, jemputlah datang dan saksikan sendiri persembahan ini.

Hubungi Box Office 048991722/2722 untuk mendapatkan tiket anda.

Sekian. - 12 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...