Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Februari 2019

Syed Saddiq Lalu Situ Untuk Ke Keretanya Bukan Nak Provokasi Penyokong BN.

LAPORAN | Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diserang oleh sekumpulan penyokong BN ketika menghampiri ke tempat letak kenderaannya selepas tamat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Semenyih hari ini.


Menteri itu digelar sebagai babi, bangsat, anjing, hancing, kencing oleh sekumpulan penyokong BN ketika melalui jalan yang dipenuhi oleh penyokong parti itu.

Di laman sosial, penyokong parti BN mendakwa tindakan memaki hamun menteri itu adalah kerana menteri itu melakukan provokasi dengan memasuki kawasan panas yang menjadi lokasi berkumpulnya penyokong BN.

Kenyataan awal OCPD Kajang pula berkata, Syed Saddiq dipercayai melalui kawasan tersebut untuk menuju ke keretanya sahaja.

Malaysiakini melaporkan hampir sahaja Syed Saddiq dipelangkung oleh penyokong BN bagaimanapun ia berjaya dihalang oleh pihak polis.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Saddiq memaklumkan akan membuat laporan polis atas insiden yang menimpa dirinya itu.

Ini kenyataan Syed Saddiq;

"Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara.

Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much!

Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri. Dalam perjalanan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong penyokong BN. Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya.

Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN.

Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang.

Insiden seperti ini mengingatkan saya kenapa saya masuk politik. Bukan untuk bermusuhan, tetapi untuk kekal berkhidmat. Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular dikalangan masyarakat kita. I want to be a “Yang Berkhidmat” which serves all Malaysians regardless of race, religion and political ideologies. Kerana Malaysia menyatupadukan kita semua.

May Allah swt open up their hearts and minds.

Laporan polis akan saya buat pada pukul 2pm di Balai Polis Sungai way,"
katanya dalam satu kenyataan. - 16 Februari 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...