Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Februari 2019

Pensyarah Pelik Kenapa DAP Lapor SPRM Skandal Syarikat RM2 Dapat Projek Pembalakan Di Perak.

KAMARUL YUSOFF | PELBAGAI PERSOALAN DI SEBALIK LAPORAN SPRM AHLI PARLIMEN DAP DI PERAK

Semalam media massa melaporkan Ahli Parlimen Kampar dari DAP,Thomas Su Keong Siong, membuat laporan kepada SPRM berhubung keputusan Kerajaan Perak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Hasil Hutan Negeri Perak pada 21 November 2018 meluluskan permit projek pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta, Daerah Hutan Kinta Manjung, untuk tempoh 50 tahun kepada Syarikat NJ Development Sdn Bhd.


Beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Thomas Su adalah mengenai mengapa kelulusan permit ini diberikan kepada syarikat yang didakwa bermodalkan RM2 dan yang didakwa ditubuhkan pada 26 Julai 2018 sahaja, di dalam jangka masa yang cepat, bukannya kepada syarikat lain, dan dalam keadaan di mana Kerajaan Perak didakwa telah mengumumkan ia akan menggantung segala aktiviti pembalakan di negeri itu.

Beberapa persoalan yang bermain di dalam fikiran saya pula ialah:


(1) Mengapa laporan kepada SPRM ini dibuat oleh pemimpin DAP dan bukan dibuat oleh pemimpin parti lain?


(2) Mengapa pemimpin DAP terus membuat laporan kepada SPRM dan membuat pendedahan kepada umum sedangkan DAP sebahagian daripada Kerajaan Perak?


(3) Siapa Dato’ Jamari Salekan dan Dato’ Wan Mohd Nizar Wan Fauzi yang menjadi Pengarah Syarikat NJ Development Sdn Bhd?

Sangat menarik untuk diteliti perkembangan perkara ini. - 12 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...