Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Februari 2019

AES : Satu Tindakan Yang Islamik Kata Naib Presiden Amanah.

HASANUDDIN MOHD YUNUS, Naib Presiden AMANAH | SATU TINDAKAN YANG ISLAMIK

Pagi Jumaat 8 Feb 2019 saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Presiden PPBM YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Yassin.


Sebelum mesyuarat, saya sempat beramah mesra dengan Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke Siew Fook.

Kesimpulan perbualan kami:

• Adalah menepati Maqasid Syariah apabila pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu itu sendiri serta penumpang kenderaannya, keselamatan pengguna lebuhraya serta harta benda yang ada di atas lebuh raya itu.

Tanpa ketegasan kerajaan; ia akan membuat pemandu leka memandu dengan laju seenaknya sahaja.

• “Good Governance” adalah asas yang sangat penting dalam Pentadbiran dan Pengurusan Negara.

Memastikan kutipan saman tidak mengalir kepada syarikat swasta, malah kini ia menjadi hasil perbendaharaan negara. Kita tidak menjadikan saman itu sebagai idaman tetapi sekadar ketegasan agar para pemandu berhati-hati ketika memandu.

Memperbetulkan aliran kewangan itu adalah tanda kecekapan Kementerian Pengangkutan.

• YB Menteri Pengangkutan mengesahkan alat dan kamera yang digunakan, bukan sembarangan, mempunyai Sijil Kelulusan dan kadar kesilapan yang sangat minima; mampu mengelakkan sebarang penganiayaan dan kezaliman kepada pengguna.

Walaupun telah ada golongan yang mengapi-apikan kebencian terhadap Kerajaan dalam urusan AES, rakyat Malaysia yang ikhlas dan waras secara senyap akhirnya menghargai usaha murni kerajaan ini.

Saya percaya, sama seperti para perokok, mereka sedar asap rokok mereka sangat mengganggu orang di sekelilingnya.

Kita tidak membenci para perokok; kita hanya membina keselesaan buat rakyat Malaysia yang menghargai kesihatan orang ramai. Tahniah juga buat Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. Dzulkifli Bin Ahmad dan warga kementeriannya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...