Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Februari 2019

Kerajaan Dikecam Kerana Tentera Tak Berpencen Tak Dapat Bantuan Lagi..

LAPORAN | Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Faris Jamaluddin mempersoalkan tindakan kerajaan yang menghentikan bayaran tahunan kepada veteran tentera tidak berpencen atas alasan tiada peruntukan. 


"Veteran tentera tidak berpencen tak dapat bantuan tahun ni. Sebelum ni depa dapat bantuan RM1000 dan RM1200 sejak 2016.

Kata Mindef, MOF takdak peruntukan tahun ni.

Yelah peruntukan takde. Untuk veteran takde. Untuk sekolah Cina swasta ade tiap-tiap bulan.

Dah boleh dah masing-masing mula baca qunut nazilah,
katanya dalam kenyataan itu.


Sebelum ini Hishammuddin dalam satu kenyataan meluahkan kekesalan atas tindakan kerajaan yang menghentikan Bantuan Bakti Negara (BBN) yang diperkenalkan BN bermula tahun 2016. 

“Apa salahnya teruskan inisiatif yang membantu mereka? Kalau tidak Mindef (Kementerian Pertahanan) Malaysia.

“Siapa lagi akan membela kebajikan lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen seluruh negara?,”
katanya dalam satu kenyataan di Twitter.


Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kemudiannya mendedahkan pemberian Bantuan Bakti Negara (BBN) yang diperkenalkan oleh kerajaan BN adalah daripada hasil penjualan tanah kem milik ATM.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, BBN merupakan bantuan tahunan yang mula dilaksanakan pada tahun 2016 berjumlah RM1,000 kepada veteran ATM yang tidak berpencen.

Jelas beliau, jumlah tersebut kemudian ditingkatkan kepada RM1,200 bagi tahun 2017 bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan mereka.

"Kementerian Kewangan tidak memperuntukan dana bagi pembayaran BBN yang dilaksanakan pada tahun 2016 dan 2017 dan peruntukan BBN berjumlah RM53 juta adalah hasil daripada penjualan tanah kem ATM yang pada asalnya dana ini bertujuan untuk menaik taraf kem sedia ada.

"Tindakan ini telah mengakibatkan program menaik taraf kem-kem ATM sedia ada ditangguhkan. Justeru bagi tahun 2018 dan 2019 keutamaan diberikan kepada program-program menaiktaraf kem ATM sedia ada yang tertangguh,"
katanya menerusi satu kenyataan.


Bagaimanapun berdasarkan tinjauan, jawapan balas dari Ketua Pengarah JHEV ATM itu tidak dapat diterima oleh rata-rata netizens yang mengikuti perkembangan kes ini di laman sosial.

Sesetengahnya meminta JHEV ATM menunjukkan bukti dan sesetengahnya pula mempersoalkan jika tanah dijual untuk membantu tentera apa masalahnya. - 10 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...