Hari ini terdedah lagi tembelang Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang asyik meracuni pemikiran rakyat dengan momokan Hutang Negara mencecah RM1 trillion.
Laporan Bank Negara Malaysia yang terbaru mendedahkan bahawa defisit fiskal Kerajaan pada tahun 2018 telah meningkat kepada 3.7% dari KDNK negara berbanding hanya 3.0% pada tahun sebelumnya.
Manakala jumlah Hutang Kerajaan kini meningkat dari RM686.8 billion (50.7% dari KDNK) pada tahun 2017 kepada RM741.0 billion (51.8% dari KDNK)
Ini membuatkan saya terfikir apa gunanya rakyat diheret bersama di dalam Tabung Harapan Malaysia yang kini berjumlah RM 202,716,775.10 sehingga 14 Januari 2019. Apakah rasionalnya dana ini sekarang jika Kerajaan Pakatan Harapan berterusan menambah hutang negara? Ke mana perginya dana Tabung Harapan ini?
Benarlah kata-kata orang tua
"Mengata dulang paku serpih
Mengata orang, Dia yang lebih"
Harap rakyat dapat jawapan yang meyakinkan daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Jangan nanti dikatakan hutang bertambah HANYA KEBETULAN atau sekali lagi kerana kesilapan titik perpuluhan.
#MalaysiaPalsu - 14 Februari 2019