Rakaman audio itu disebarkan oleh PENGERUSI Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Seri Sharifa Sabrina Syed Akil di Facebooknya pagi tadi.
"Wow dahsyatnya. Terlalu banyak tohmahan, fitnah, kata-kata kesat dan menjatuhkan. Apa yang dia dapat dengan berbuat begini," katanya ketika menyebarkan audio tersebut. (rakaman audio boleh didengar diakhir artikel ini).
"Memangla kamu punya menteri ini memang celaka. Dia bekas UMNO, kamu faham?
Pedulikan Menteri Besar ini.
Dia memang tak akan tolong Orang Asli. Dia memang UMNO.
Sekepala dengan PAS. Tu sebab dia cakap bodoh-bodoh. Sekarang kamu kena faham. Dia PAKATAN HARAPAN, ada banyak pukimak dalam PAKATAN HARAPAN, faham?," kata suara itu yang dipercayai milik Siti Kasim.
Puan Seri Sharifa Sabrina Syed Akil tidak menamakan individu yang suaranya terpapar di rakaman tersebut.
Tinjauan kami secara ringkas ke atas rakaman audio itu mendapati;
1. Pemilik suara itu sedang memarahi Puan Seri Sharifa Sabrina Syed Akil. Pelbagai kata-kata kesat dan makian dilemparkan ke atas Puan Sabrina seperti bodoh, sundal dan pukimak. Puan Sabrina juga didakwa mahu mempergunakan Orang Asli untuk menaikkan namanya.
2. Pemilik suara itu juga marahkan Puan Sabrina kerana menyokong Syed Saddiq dan menyokong tindakan pihak yang menggesa P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan.
3. Pemilik suara itu juga mempertikaikan Puan Sabrina yang mempersoalkan dirinya kerana membabitkan isu-isu keagamaan dan mengkritik Syed Saddiq. (tetapi ketika pemilik suara mempertikaikan hak Puan Sabrina membela Syed Saddiq dan menyokong gesaan ramai pihak bahawanya P. Waytha Moorhy perlu meletakkan jawatan, tak apa pula?).
4. Pemilik suara juga mengecam pihak tertentu dalam Pakatan Harapan dan memetik Menteri Besar Perak sebagai CELAKA kerana dia berasal dari UMNO.
5. Pemilik suara juga memetik PAS.
6. Pemilik suara juga mendakwa PEKA tidak lagi ke Kelantan kerana kes ugutan ke atas Orang Asli.
7. Pemilik suara juga menasihati individu yang bercakap dengannya untuk tidak bekerjasama dengan PEKA dan jangan melayan Puan Sabrina. Kerana tindakan itu akan terlihat sebagai sabotaj (memburukkan keadaan) yang akan menyusahkan Orang Asli dalam mengazetkan tanah milik mereka di masa-masa akan datang.
8. Pemilik suara itu juga memberitahu ada rancangan tertentu dengan Peguam Negara dalam isu saman Orang Asli di Kelantan.