Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 April 2018

Lautan Manusia Banjiri Ceramah Di Pagoh, BN Patut Rasa Takut - Bekas Editor NSTP.

Oleh : Mustapha Kamil / Bekas editor The News Straits Times

Jika saya pemimpin parti memerintah, saya akan berasa sedikit takut melihat keadaan di Pagoh malam tadi. Mengapa? Begini lah:

1. Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum yang hadir. Saya sendiri yang sudah berkali-kali menyaksikan kempen pilihanraya sebagai wartawan akhbar, terperanjat dengan sambutan terhadap Pakatan Harapan ini.

 

2. Mereka bukan datang untuk mendengar sahaja ucapan-ucapan politik. Mereka mahukan sesuatu. Mereka mahukan perubahan dan mahu mereka yang di atas pentas melaksanakannya.

3. Adalah silap bagi penganalisa politik menyangkakan rakyat jelata tidak faham mengenai 1MDB. Mereka mungkin tidak faham teknikalnya, tetapi kepimpinan PH ini menggunakan bahasa mudah seperti 'pencuri' dan 'penyangak'. Itu semua orang faham dan marah.

4. Cukai GST adalah satu isu yang dibenci rakyat. Setiap kali pemimpin PH melaungkan akan memansuhkan cukai ini, ia disambut dengan sorakan.

5. Media pro-kerajaan masih takut menyatakan sambutan orang ramai terhadap PH ini. Diberitakan ada yang laporkan cuma 800 yang hadir. Laporan begini cuma mendalamkan lagi lubang kubur media pro-kerajaan ini.

6. Najib adalah liabiliti pada partinya. Individu-individu yang saya temui semuanya ada satu persamaan. Mereka cukup membenci Najib.

7. Keputusan parti-parti pembangkang menggunakan satu lambang ia itu lambang PKR sudah diterima sepenuhnya. Penyokong-penyokong DAP yang saya temui sebaliknya berkata mereka rasa lebih yakin kerana semua parti pembangkang kini mempunyai satu tujuan dan bergerak dibawah satu lambang.

8. Jika sambutan begini berterusan terhadap PH, pakatan memerintah Barisan Nasional patut berasa takut.


Gambar-gambar ceramah di Pagoh malam tadi;




Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN mensabotaj sebatang jalan di Johor bagi menghalang orang ramai hadir ke program ceramah yang menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.


Presiden BERSATU itu mendakwa Jabatan Kerja Raya telah "menggali" jalan dari Panchor ke Gerisik - jalan yang perlu dilalui untuk hadir ke program itu - untuk mengganggu trafik.

"Malam ini (semalam) kita ada jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tiba-tiba jalan yang elok dirosakkan.

"JKR menggali jalan dari Pancor ke Gerisik, yang menuju ke tempat ceramah, untuk menyekat perjalanan trafik,"
katanya pada sidang media di Pagoh pada khamis.

UMNO nafi

Pemangku ketua bahagian Umno Pagoh, Ismail Mohamed menolak dakwaan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN mensabotaj sebuah jalan menghala ke tapak ceramah yang akan menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ismail, yang pernah menjadi timbalan Muhyiddin di bahagian Umno Pagoh berkata, kerja-kerja membetulkan jalan raya tiada hubungan dengan majlis ceramah itu dan BN Pagoh tidak pernah mengganggu kegiatan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Rasanya pembangkang nak buat provokasi. Kalau penyokong dia orang nak datang.. apa juga halangan tentu datang. Kalau mereka dah tak nak datang, jangan salahkan pihak lain.

"Kami pun tak pernah kacau pembangkang di Pagoh hendak buat program. Yang penting kita berkempen secara harmoni dan saling menghormati fahaman politik masing-masing,"
kata Ismail seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.



Jalan memang rosak


Berdasarkan tinjauan dan semakan yang dilakukan oleh wartawan portal Malaysiakini terhadap penduduk tempatan, mereka menjelaskan jalan yang dimaksudkan selama ini sememangnya rosak. Bahkan telah lama rosak dan merosakkan kenderaan yang menggunakan laluan itu. - 20 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...