Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 April 2018

Raja Bomoh 1 Malaysia, Nga Kor Ming Bertanding Di Parlimen Teluk Intan.

Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai `Raja Bomoh', dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.
Raja Bomoh 1 Malaysia
Difahamkan, Ibrahim berkemungkinan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi lapor Berita Harian semalam.
Menurut portal itu, sidang media pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat di sebuah hotel di bandar raya ini pada jam 2 petang hari ini.
Ibrahim juga dijangka akan menghadiri sidang media itu bagi mengumumkan sendiri penyertaannya pada PRU-14 kali ini.
Ceramah Pakatan Harapan Di Teluk Intan
Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Harapan malam tadi mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, sebagai calon pakatan pembangkang untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dalam program ceramah pakatan pembangkang di Teluk Intan.  

Selain Raja Bomoh 1 Malaysia, Ibrahim Mat Zin, Kor Ming juga dijangka berhadapan dengan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang sebelum ini sudah beberapa kali menyatakan hasrat mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 31 Mei 2014. - 17 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...