Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 April 2018

Sah, PAS Tanding 9 Kawasan Parlimen WP, 3 Penjuru Dengan BN, PH.

Oleh : Harakah Daily

Seramai sembilan calon termasuk seorang wanita daripada pelbagai latar belakang mewakili PAS Wilayah Persekutuan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan pada 9 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata sembilan calon itu akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai, Segambut dan Batu.


 
Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi Parlimen termasuk Putrajaya dan Labuan.

Senarai akhir calon, katanya telah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulamak.

Tambahnya, penamaan sembilan calon itu akan diumumkan pada 19 April ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

"Sembilan calon ini ada muka lama dan ada muka baru serta seimbang dari segi latar belakang yakni profesional dan agamawan," katanya kepada Harakahdaily pada sidang media khas pelancaran manifesto PAS Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Ditanya untuk memenangi Segambut, beliau berkata jumlah pengundi Melayu lebih tinggi daripada kaum lain dan sudah tentu sasaran PAS mengutip undian pengundi Islam manakala kaum bukan Islam tidak semua yang mengundi DAP.

Menerangkan kelebihan manifesto PAS Wilayah Persekutuan, beliau berkata tawaran yang dikemukakan PAS adalah seimbang melibatkan kesemua kaum di Wilayah Persekutuan.

"Selain daripada agama tawaran PAS dalam manifesto ini juga melibatkan semua kaum, seperti pengangkutan, wanita, pendidikan dan infrastruktur.

"Wilayah Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum jadi tumpuan manifesto ini kepada masyarakat berbilang kaum di semua sektor,"
katanya.

Bertemakan Malaysia Sejahtera, PAS Wilayah Persekutuan mengemukakan 25 tawaran melibatkan 7 kluster iaitu, agama, pendidikan, perumahan, wanita, ekonomi, sosial dan infrastruktur pengangkutan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...