Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 April 2018

Kenapa Anda Tak Patut Undi Barisan Nasional Dalam #GE14 - Part I

Oleh : Abdul Hakim Abd Rahim

Saya ingin bantu sahabat-sahabat atas pagar yang rasa keliru untuk membuat keputusan menjelang pilihan raya kali ini. Pilihan kiri dan kanan semuanya nampak ada yang baik ada yang buruk. Ada kelebihan dan ada kekurangan.



Jadi macam mana?

Ada yang kata undilah parti dan ada yang kata undilah calon yang berwibawa.

For me, biarlah alasan ini menjadi bottom line kenapa kena mengundi selain BN untuk PRU kali ini iaitu untuk keep the ball of democracy rolling. 


Dah 60 tahun tak bergerak. Static. Dan orang dah memang ingat kerajaan tu BN dan BN tu kerajaan. Tak sokong BN, bermaksud berpaling tadah dan menjual negara. Dan ini membuatkan BN jadi ‘tuhan’ samada disedari atau tidak. Dia boleh buat apa saja sebab orang dah tak pasti boleh ke tukar kerajaan?



Sedangkan negara yang politiknya dinamik, rakyat tahu kuasa ditangan mereka. Kalau tak suka cara A memerintah, Kita sokong B next time. Menyebabkan all these politician will try to provide their best or else next term they wont be elected. Barulah benar rakyat jadi bos kepada wakil rakyat dan kerajaan.

Soalan : Tak ke kelam kabut dah 60 tahun nak tukar orang lain pulak jadi lead the nation? Teruk kita nanti. Jawapannya yes transisi akan memakan masa dan maybe kita even akan undur ke belakang sedikit. Tapi in long term kita akan lebih berdaya saing sebab all these corrupt people akan takut untuk ambil kesempatan. Maybe 5 tahun kita akan slow untuk repair the damages on the system, tapi perhaps kita akan boleh lagi laju 10 years over the next term sebab system dah lebih baik.

Parti-parti akan cuba untuk buang mana-mana calon yang tak kompeten, corrupt, mulut laser atau tak sensitif dengan soal agama dan perkauman sebab they will be a liability to them. Next term rakyat dah ready nak pangkah orang lain.

Then only kita akan ada wakil rakyat yang kompeten, bahkan pada masa ini kematangan untuk calon berwibawa yang berani sokong apa yang betul dan bangkang apa yang salah tak kira dia sendiri dari parti apa. Macam kisah politik negara maju yang digembar gemburkan.

So kalau tak percaya kat mana-mana parties sekali pon, at least percayalah yang politik kena dinamik untuk masa depan yang lebih cerah. Kena berani untuk berubah. Be dynamic. Bahkan kalau masih harapkan BN pun, BN akan boleh jadi pemerintah yang lebih baik selepas pernah menjadi pembangkang.

Teringat satu ustaz pernah sebut. Ada yang lebih susah dari SUSAH. Iaitu BERUBAH. Sanggup je orang kita dapat RM1 dan tiris lagi RM9 asalkan masih dapat, dan yang ambil tu orang kita.

Now that pilihan tinggal 3, PH, Pas atau Bebas. Yang mana satu pulak yang perlu dipangkah? Tbc. Ini strategi penting untuk long term. Taknak bincang dulu. Atleast kita setuju part ni dulu k? Kalau setuju kata setuju!

Sekian. Ni pendapat saya jelah. Kalau ada yang nak bincang dengan harmoni jomlah ngeteh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...