Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 April 2018

Jho Low, Jegil Mata & Pak Amjal.

Oleh : Arif Atan

Jho Low, jegil mata dan Pak Amjal.
Dalam laporan berikut ini (pautan pada komentar pertama), saya sertakan sekali detik-detik Pak Amjal 'menyekolahkan' polis betul-betul di lampu isyarat depan Sogo.

Kalau anda pergi ke Sogo nampak saja lampu isyarat tu mesti ingat bahawa di situlah suara warga emas berusia 82 tahun mempertahankan haknya sebagai rakyat untuk berhimpun sesuai dengan semangat Perlembagaan negara kita.

Pak Amjal tidak berganjak apabila polis mengerah orang ramai termasuk dirinya supaya ke tepi dan bersurai walaupun tidak jauh dari Sogo iaitu sekitar Leboh Pasar aman damai warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar bersesak berarak di sana.

Sedikit terkilan saya tak sempat merakam aksi Pal Amjal itu dalam keadaan anggota polis mengasak kiri kanan dan belakang. Detik ketika itu semacam mereka tak sabar meluru untuk menangkap aktivis yang sedang bersemangat berucap.

Walhal, himpunan semalam suruh tangkap perompak tapi polis halang perserta himpunan berarak. Mereka juga menjegil mata bila anak muda di atas lori lantang berucap.

Saya perasan tiap kali ayat 'Tangkap Jho Low', 'Tangkap Najib' dipekik, ketua mereka pula nampak cuak. Beberapa orang anggota berbaju biasa dengan berkasut sukan pula nampak marah-marah. Sejak siri unjuk rasa dulu lagi, saya musykil anggota yang gedebe itu mungkinkah pegang jawatan AJK Umno Bahagian?

Tapi ramai anggota lain yang beruniform nampaknya semacam pasrah sekadar menjalankan tugas seperti diarah. Dalam hati merela siapalah tahu. Merka juga ada akal. Yalah. Sebab kita belum dengar lagi, polis dapat keistimewaan dikecualikan cukai GST.

Sebab sibuk sangat kejap nak serbu acah nak tangkap penganjur, aktivis yang mahu berucap dan suruh orang awam meninggalkan lokasi himpunan.

Padahal, mereka sepatutnya menjaga ketenteraman awam termasuk memastikan mana-mana perhimpunan unjuk rasa berjalan secara aman sesuai dengan nama Bukit Aman.

Sebaliknya, untuk himpunan semalam, mereka semacam diserang butang panik. Mereka datang dalam jumlah yang amat ramai tidak padan dengan skala himpunan rakyat itu sendiri.

Bilangan mereka kalah pemberita. Kehadiran mereka dalam banyak keadaan pun menganggu tugas pemberita untuk membuat laporan lebih tepat. Jumlah mereka yang ramai datang itu terang-terang mahu menggagalkan bukannya memastikan himpunan anjuran Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) itu berjalan lancar sesuai dengan semangat Perlembagaan.

Maklumlah, pejabat mereka pun hanya beberapa ratus meter saja dari lokasi himpunan. Menjelang jam 3 petang, gelombang orang ramai makin memenuhi Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Apa lagi, mereka makin nampak gelabah sedar keadaan itu tidak bagus untuk BN dan Najib Razak menjelang lagi 25 hari berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14. Mereka pun mula mencari akal.

Maka mulalah mereka saling berpegangan tangan membentuk bulatan yang semakin membesar sambil mengerah orang ramai termasuk pemberita meninggalkan jalan raya.

Semua diarah berundur dan disuruh naik ke bahagian siar kaki yang sudah sedia dipenuhi orang ramai selain halangan landskap berpagar yang DBKL dirikan sejak akhir tahun lalu.

Berhimpun mereka halang meskipun Perlembagaan membenarkan. Menulis laporan dan mendedahkan kemusykilan berisiko akan diheret di bawah akta berita tipu kerana apa yang benar hanya ditentukan kepala otak elit penguasa.



Gambar - Arif Atan
Di Parlimen, wakil rakyat Pakatan Harapan tidak dibenar berbahas segala isu berkaitan 1MDB walaupun negara jiran kita, Indonesia telah merampas kapal maha mewah milik Jho Low yang sebelum ini pernah didakwa dalam saman sivil Amerika Syarikat sebagai antara aset yang dibeli daripada berbilion dana 1MDB yang diseleweng.

Dah tu. Di Parlimen tak boleh bahas. Di jalan raya dihalang berarak. Malaysia ini siapa punya sebenarnya?

Itu sebab 9 Mei nanti kalau anda masih terus memangkah lambang dacing mengundi Barisan Nasional (BN) dengan segala kepincangan urus tadbir dan salah guna kuasa - dialah perdana menteri, dialah menteri kewangan, dialah ketua lembaga punahsihat 1MDB - anda seorang rakyat yang gagal menggunakan kuasa undi untuk menghapuskan kitaran jahat rasuah dan rompakan negara tahap dewa yang dilakukan BN Najib.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...