Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 April 2018

Beli Rumah PR1MA Mahal-Mahal Tapi Time Hujan Jadi 'Kolam Renang..'

Seorang pembeli rumah PR1MA yang dikenali dengan nama Fadzlie telah berkongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan keadaan rumahnya yang 'banjir' sewaktu hujan.

Menulis di akaun Facebooknya, Fadzlie meluahkan kekecewaan kerana kualiti rumah PR1MA yang dibelinya setara dengan PPR ataupun mungkin rumah PPR lebih berkualiti lagi katanya.


"Inilah rupa Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA, Lamanview Cyberjaya.

Dengan harga rumah RM300k+, terasa kualiti setara dengan PPR atau PPR lebih berkualiti. Terdapat pelbagai masalah dihadapi oleh pemilik selain video/gambar : 

1) Faedah lewat bayar walhal kelewatan berlaku di antara developer + lawyer 

2) VP telah dikeluarkan tetapi bekalan air masih tiada 

3) Yuran Selenggara Bulanan yang tinggi dikenakan 

4) Masalah infrastruktur reka bentuk sekitar kawasan apartment.

So, renung-renungkan, ikhlas dari hati seorang pembeli," kata Fadzlie dalam kenyataan itu.



Menurut Fadzlie lagi, beliau tidak mempunyai apa-apa niat negatif ketika berkongsikan isu berkenaan di Facebook sebaliknya berharap agar permasalahannya itu dapat diselesaikan dengan segera.

Fadzlie juga berkata yuran penyelenggaraan yang dikenakan ialah sebanyak rm258 secara bulanan dan ianya agak tinggi.

Meskipun aduan telah dibuat berhubung masalahnya itu namun tiada respon diterima dari pihak yang berkenaan setakat ini, kata Fadzlie lagi. - 18 April 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...