Menjawab Kritikan terhadap PSM
1. PSM pecahkan undi Pembangkang?
i. PSM hanya tanding 3% kerusi dan di tempat lain meminta penyokong dan ahli parti sokong PH jika meletakkan calon yang baik. Dengan cara ini, 97% sokongan kita bersama PH untuk tumbangkan BN. Harap penyokong PH fokus lawan BN dan bukan PSM.
ii. Tiga penjuru wujud setelah DAP dan PAS berpecah dalam Pakatan Rakyat(PR). Jika pembangkang tidak berpecah seperti semasa PRU 13,maka anda boleh tuduh PSM yang wujudkan 3 penjuru tetapi 3 penjuru kali ini jelas diwujudkan oleh DAP dan PAS. Adakah ini bererti mereka dalam DAP dan PAS tidak faham Big picture? Maka apabila nak tuduh isu big picture, semak dulu siapa yang bagi bola tanggung kepada BN.
iii. Jika PSM nak pecahkan undi Pembangkang, PSM akan bertanding di kerusi-kerusi yang pembangkang menang atau kalah majority tipis tetapi banyak kerusi yang PSM tanding di Perak umpamanya adalah kerusi dimana DAP menang majoriti sangat besar dan susah untuk BN menang walaupun tiga penjuru. Pemimpin DAP di kawasan itu juga memang tidak gentar dengan kehadiran PSM dimana mereka telah ramalkan PSM akan kalah teruk. PSM pula bertanding sekadar untuk melihat sejauh mana penerimaaan rakyat setelah bekerja di tempat-tempat itu dan juga ingin menggunakan masa PRU untuk mengutarakan masalah pengusiran yang dihadapi oleh puluhan kampung petani. Maka memang tidak wujud isu BN akan menang kerana tiga penjuru di kawasan-kawasan ini
iv. PH memaklumkan bahawa mereka hanya risau dua kerusi Parlimen yang PSM tanding iaitu di Sungai Siput dan Cameron Highland. Semasa perbincangan ulung rasmi wakil PKR sehari sebelum pembubaran Parlimen, PKR minta PSM memakai logo PKR di Sungai Siput dan jika kita berbuat demikian, maka di tempat lain kita tidak boleh menentang logo yang sama. Maka ini amat tidak adil sekali. Maka penyelesaian terbaik yang dicadangkan PSM di dua kawasan ini adalah PH tidak meletakkan calon di dua kawasan itu (2/222) dan PSM berjanji secara hitamputih akan membantu PH bentuk Kerajaan dan tidak sekali-kali membantu BN. Untuk PH pula, menggunakan logo bersama bukan satu kreteria mutlak dimana di Sabah dan Sarawak, parti disana dibenarkan menggunakan logo mereka masing-masing dan PH tidak bertanding. Maka formula yang sama boleh digunakan di dua kawasan parlimen ini. Andaikata keputusan PH adalah mereka akan meletakkan calon jika PSM guna logo sendiri, maka ini bererti PH sedia memberikan kemenangan kepada BN dan tidak mahu PSM hidup dalam politik Negara. Maka agenda PH untuk tumbangkan BN nampak seperti tidak ikhlas kerana tidak mahu PSM guna logo sendiri, maka mereka lebih rela memberikan kerusi kepada BN. Ingat ia hanya melibatkan 2/222 kerusi.
2. PSM tidak mahu guna logo bersama PKR- angkuh?
PSM adalah antara parti pertama yang usulkan penggunakan logo bersama tetapi pada masa yang sama, PR dan kemudian PH, langsung tidak mahu berunding dengan PSM, menepikan PSM dan seperti yang kami jangka, pada saat akhir mereka akan hulurkan satu penyelesaian berat sebelah iaitu “nak satu kerusi, guna logo kami”. Rakyat Malaysia harus faham bahawa tindakan PR/PH tidak membawa masuk PSM sebelum ini telah dikritik kuat oleh mendiang Karpal Singh, Ambiga, Toh Kin Voon dan lain-lain pemimpin dan aktivis kanan.
3. PSM akan dihancurkan jika tanding dan akan hilang deposit semua kerusi yang PSM tanding?
JIka ini adalah scenario dan juga mengikut Rafizi dan Stategist PH lain = Tsunami Melayu pasti berlaku. Ini bermaksud PH akan menang dengan majoriti yang jauh lebih tinggi kerana persempadan semula yang dibuat mengambil kira orang Melayu bersama UMNO-BN. Maka parti-parti seperti PAS, PRM dan juga PSM akan terkubur kerana sentimen pengundi yang mahu habiskan BN. Maka saranan kami adalah mereka seharusnya tidak membuang masa mengkritik PSM kerana kami tidak signifikan. Mereka harus fokus bagaimana bentuk kerjaan dan Kabinet baru.
4. Jika andaikata BN menang?
JIka BN menang kerana penipuan pilihanraya, PSM sudah pasti akan bersama PH dan gerakan rakyat menentang penipuan ini sehingga PH berkuasa. Jika BN menang kerana tiada Tsunami Melayu, maka satu gerakan pembangkang baru kena dibentuk dengan isu-isu sebenar mengambilkira isu majoriti yang melanda rakyat,
5. Jika PH menang
Jika PH menang, maka PSM masih mempunyai agenda membentuk penukaran sistem, program pro rakyat, pro alam sekitar dan sebagainya. Contohnya kami kena pastikan pilihanraya kerjaaan tempatan akan dipulihkan, kami kena pastikan polisi-polisi perkauman dikuburkan oleh PH, kami kena pastikan isu pendidikan, kesihatan, perumahan dan jaminan kerja kena diselamatkan. Maka peranan yang PSM boleh main adalah sebagai check and balance setelah BN kalah.