Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 September 2014

Tiada Maaf Bagi PDRM Jika Menghalang Rakyat Dari Melawan Penindasan Pemerintah.


IGP kita sebenarnya sound Victor dan Nasrul tak silap aku. Tapi more to Victor la sebab Victor ada buat permohonan maaf terbuka kepada IGP dan PDRM tapi sayangnya sudah terlewat. IGP kita sudah terasa dalam ahti. Selepas dia buat permohonan maaf secara terbuka, komen di atas adalah respon dari KPN kepada Victor dan mana2 individu yang berniat mahu menghina, mengutuk mahupun melakukan hasutan.

Aku faham part menghina. Aku boleh terima kita tak sepatutnya mengeluarkan apa2 hinaan kepada mana2 pihak sekalipun.

Aku macam tak berapa boleh terima part kutukan. Bagi aku benda tue kena tengok pada isu juga. Jika PDRM rasa mereka boleh gunakan undang2 untuk melarang masyarakat dari mengutuk dan mengecam tindakan2 diskriminasi mereka ke atas rakyat, minta maaf la aku cakap. Ugutan tue takan lut pada aku. Aku akan terus kutuk sampai mati. Sebab kutukan sebahagian dari protes yang aku mampu buat untuk melawan kezaliman. Aku takan berhenti melakukan ia walaupun ko acu pistol kat kepala aku KPN. Aku sudah hilang rasa takut. Kalau aku takut, aku bahkan takan tulis macam neh sekalipun,

Dan aku takan faham part hasutan. Yang neh aku takan faham dan takan terima. Memang aku akan menghasut rakyat Malaysia menolak penindasan ke atas rakyat oleh mana2 pihak yang menggunakan cara undang2 untuk bermain politik berbanding menegakkan keadilan. Contohnya tindakan PDRM dalam isu PPS dan Unit Amal.

Aku dapati ramai juga yang keliru dengan fungsi PPS. Ada yang keterlaluan juga tuduhan mereka kepada PPS sehingga out of topic. Jangan begitu.

Fahami dulu bahawa ;

- PPS ditubuhkan untuk membantu polis menjaga keselamatan orang awam, bukan mengantikan tugas polis. Hanya berperanan membantu polis dalam kerja2 rondaan, memantau persekitaran, dan memberikan perhatian lebih kepada kawasan hitam dan laporkan kegiatan mencurigakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Polis kita kekurangan kakitangan. Bukan la semua orang berkelayakkan jadi polis pula. Berbanding PPS. Ko hanya la sukarelawan. Ko rabun, pendek, tinggi, gemuk, hitam, putih, kahwin, bujang, tua, muda semua boleh jadi sukarelawan dengan niat nak jaga keselamatan rakyat.

- Jika PPS salah dalam etika kerja, ada anggota2 mereka yang cuai, salah guna kuasa, melampaui batas dan apa2 aje la yang salah, maka kepada individu itulah yang ko hukum, dakwa, siasat. Jangan babitkan PPS secara general.

- Jika penubuhan PPS itu bersalahan disebabkan tidak mempunyai ROS maka apa salahnya PDRM menasihati kerajaan Penang untuk mendapatkan ROS supaya operasi mereka bersesuaian dengan kehendak undang2. PPS ditubuhkan untuk bersama2 PDRM membanteras penjenayah dan mewujudkan persekitaran yang selamat kepada masyarakat Pulau Pinang. Orang berada disitu untuk bantu kau jalankan tugas2 ko. Menyelit kat mana2 tempat untuk menutup kelemahan2 yang ada dalam PDRM contohnya kekurangan anggota. Tapi nampaknya niat baik PPS tidak dihargai oleh PDRM atas terlalu bermain sentimen politik.

Kalau pun PPS bersalah kerana terlibat dalam kerja2 partisan menggunakan wang pembayar cukai (which is memang salah pada aku), itu boleh kita nasihat dan ubah. Kita boleh kritik mereka terus kepada isu. Bukannya mengambarkan kewujudan PPS neh teruk sangat macam takde ruang untuk mereka perbaiki kelemahan.

Yang sebenarnya, benda neh hal kecik aje. Boleh gunakan ruang nasihat, bantu dan betulkan keadaan. Bukan bermain sentimen politik. Yang aku pelik juga. Polis mula buka satu persatu kisah lampau anggota PPS. Sibuk citer orang2 tue ada jenayah lampau. Ko sapa polis? Ko tuhan ke? Ko mana layak nak menilai masa silam orang. Masa silam polis adalah bersama penjajah. Boleh aku nilai ko penjahat? Tak boleh kan. Sebab keadaan memaksa ko untuk membunuh rakyat sendiri atas arahan penjajah. Begitu juga la dengan mereka2 yang ada jenayah silam. Kita tatau dalam keadaan apa mereka hidup dulu. Tapi apa yang penting ialah siapa mereka pada hari ini. Adakah mereka masih meneruskan perlakuan jenayah ataupun sudah berhenti. Itu yang paling penting. Jangan lakon suci la PDRM. Aku meluat tengok.

Aku memang akan terus menghasut melawan PDRM jika mereka berniat untuk menindas hak rakyat dalam apa2 jua bentuk. Dan ini bukan kali pertama PDRM bersikap diskriminasi sehingga membuatkan rakyat macam aku terasa dan beremosi. Banyak sangat kesnya sampai aku tak tertulis. Contohnya dalam isu demo. Bukan polis tatau. Rakyat berdemo nak pertahankan hak rakyat, hak kamu juga sebagai rakyat di negara ini. Tapi setiap kali itulah PDRM suka merumitkan event demo rakyat atas alasan undang2. Setiap kali itu la juga nak menjadi perisai kepada BN. Setiap kali itula juga nak jadi tembok bagi memastikan rakyat tak mampu 'pukul' BN secara direct. Kenapa? BN bukan hanya menindas aku. BN juga menindas korang. Bukan hanya aku aje yang kena berhadapan dengan GST, harga rumah mahal, subsidi dikurangkan, kos sara hidup tinggi, masalah cukai, gaji yang semakin mengecil, kadar inflasi, pendidikan yang semakin menaik kosnya, runsing dengan masalah sosial muda mudi, risau dengan membaca statistik jenayah, bimbang dengan keadaan ekonomi negara, karenah biokrasi dalam pengagihan bantuan yang tidak telus, pembangunan yang tidak seimbang, masalah pengangkutan dan macam2 lagi la. Buat sakit kepala kalau huraikan satu persatu. Macam nak pecah otak. Tapi kenapa korang masih nak duduk kat tengah2 setiap kali rakyat bersuara melawan BN? PDRM patut ke tepi dan bagi laluan kepada rakyat untuk menghukum BN. Jangan duduk kat tengah2 lagi. Jadi la manusia yang ada pendirian. Kalau pun taknak tolong rakyat berjuang maka jangan sukarkan keadaan kami yang sedia sukar ini. Jika PDRM masih taknak ubah sikap mereka yang discriminate apa2 sahaja hal berkaitan rakyat dan perjuangan mereka melawan kezaliman pemerintah, PDRM sebenarnya baru saja memberikan gambaran kepada rakyat macam aku bahawa aku perlu lawan PDRM juga selain dari BN. Ini kerana mereka tunjukkan kepada aku, bahawa mereka bersama2 dengan BN untuk menindas hak rakyat kat negara ini.

Dalam erti kata lain

Jika polis bantai aku, aku akan bantai polis balik.
Jika polis pukul aku, aku akan pukul polis balik.
Jika polis ugut aku, aku akan ugut polis balik.
Jika polis bermain kasar dengan aku, aku akan bermain kasar dengan polis balik.

Sudah terlalu lama agaknya rakyat duduk diam, bersabar dan menerima tindakan2 ganas korang ke atas kami. Oleh kerana keterbiasaan itu wujud maka PDRM berasa selesa membuli rakyat yang bersikap tidak melawan.

Tapi duduk dan diam ini tidak akan terus berlaku untuk selama-lamanya. Jika PDRM masih lagi mahu menjadi batu penghalang kepada rakyat yang sedang melawan kezaliman pemerintah, tiada maaf lagi untuk kamu. Kami akan mula melawan. Dan ini, adalah hasutan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...