Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 September 2014

Hot : 3 Video Penjelasan2 Hadi Kantoikan Anwar Ibrahim Dan DAP Kaw2.

Nampaknya.


Kita semua neh dah kena tipu dengan pemimpin2 PR. Gila betul la. Pemimpin BN tipu kita. Pemimpin PR tipu kita. Pada sapa lagi kita nak sandarkan harapan untuk lawan kezaliman? Nampaknya tak boleh bersandarkan harapan pada pemimpin. Rakyat kena bangkit bersatu melawan bagi pihak mereka. Tak boleh nak percaya dah pada pemimpin2 kita. Haprak betul la. Meluat aku dengan dorang sekarang neh.

Tadi. Kat tv3 ada siarkan sedikit dialog penjelasan TGHH mengenai Kajang Movie. Then aku online ada pula member facebook share 3 video penjelasan penuh presiden PAS mengenai isu tersebut. Termasukla isu menteri besar sekali.

Kalau la apa yang diperkatakan oleh TGHH adalah benar, maka Anwar Ibrahim melalui PKR dan DAP telah menipu kita kaw2 dalam isu tukar MB Khalid Ibrahim. Berpuluh2 komen aku baca. Yang dipastekan oleh penjilat2 PKR di pelbagai medium di sosial M. Mereka sebut. TSKI tak beri penjelasan bila dipanggil. TSKI tak hadir bila diminta berikan penjelasan. Blablabla... itu ini itu ini itu ini..

Rupa2nya apa yang berlaku adalah sebaliknya. TSKI dah pun berhujah depan pemimpin2 tertinggi PAKATAN RAKYAT. Ini termasukla depan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Bahkan depan adun2 PAKATAN RAKYAT sendiri. Pemimpin2 tertinggi PR panggil TSKI. Bagi macam2 soalan. Satu persatu TSKI jawab. Dah dijawab rupanya. Dah tue apsal sembang macam TSKI tak pernah hadir langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu2 berkaitan?

Hak ala.

Banyak benda yang berlaku rupanya. Yang mana kita tatau. Silap TGHH juga. Sebab taknak dedahkan awal2. Patut benda2 begini korang kena dedahkan awal2. Kenapa bila benda dah nak settle cara baik baru nak kecoh2 bagai hah?

Kata TGHH lagi.

Dalam satu sesi dialog tertutup. Untuk menyoal TSKI secara terperinci. Atas isu2 berkaitan. Setiap parti hantar 3 wakil. PAS 3 wakil. PKR 3 wakil. DAP 3 wakil. Yang jadi wakil PKR ialah DSAI, Rafizi dan Saiffudin. Banyak benda yang ditanya. Dan semua yang ditanya dijawab oleh TSKI. Hasil soal siasat tersebut mereka memutuskan TSKI berjaya menjawab semua soalan yang dikemukakan dan mereka memutuskan bahawa TSKI perlu dibantu untuk menguruskan pentadbiran negeri Selangor.

Pulak.

Dalam mesyuarat cakap lain, tapi lepas mesyuarat belakang2 cakap lain pula?

Rafizi apa citer?
Saifuddin apa citer?
Anwar apa citer?

TGHH fitnah?

SAMAN la dia. 

Sepatutnya TGHH dedahkan perkara ini dari awal lagi. Bukan dah lambat2 macam neh. TSKI pun dah resign. Malas nak amek port kot. Asyik jadi catur orang aje. Buat itu salah, buat ini salah, buat itu kena maki, buat ini kena fitnah, baik blah sudah. 

Siyes aku cakap. Aku dah goyang dengan PAKATAN RAKYAT neh. Aku tak rasa dorang neh ialah parti yang boleh mengubah Malaysia ini jadi lebih baik. Walaupun beratus2 penyokong2 dorang akan rasa sentap, tapi terima la hakikat. Pakatan rakyat bukanla pakatan rakyat tapi pakatan rakus. Pakatan gila kuasa. Bukan aku nak tuduh2 sebarangan. Tapi korang tengok sendiri 3 klip video kat bawah nanti. 


Apa2 pun good job presiden PAS. Mohon masing2 dedahkan lagi rahsia2 dalaman korang. Lebih banyak rahsia korang yang kami tahu, lebih cepat kami dapat kenal wajah sebenar korang.

KAH KAH KAH

Lihat video ;

Video satu klik sini jika video gagal load.

 

Video dua klik sini jika video gagal load.





Video tiga klik sini jika video gagal load.


 

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...