Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 September 2014

Teruskan Kritik Sultan Biarpun Ali Didakwa Dibawah Akta Hasutan 1948.


Langgar all out. Jangan berpatah balik lagi dah walaupun ada kawan2 kita yang terpaksa tanggung penderitaan akibat melawan sultan. Aku tahu ada yang marah Ali sebab dia memaki hamun sultan apa semua. Yang tue pada sesetengah orang dorang akan fikir biadap dan jahat. Tapi sebenarnya maki hamun itula yang cetuskan elemen spark. Kita terpaksa berkorban sedikit dengan memaki hamun dan gunakan ayat2 kasar sebab kita nak benda tue mendapat perhatian.

Bila kita guna ayat sopan santun orang tak amek port dan boh layan. 

Sultan2 pun takan heran dengan suara kita. Tindakan Ali menggunakan sesetengah 'perkataan' adalah betul merujuk kepada situasi yang dia duduk. Jalan selamat sudah tidak lut. Sultan2 kita perlu disedarkan disini ada rakyat yang tertindas dan selagi mana korang masih bersikap tidak endah dengan apa yang diperlakukan ke atas rakyat oleh pemimpin2 yang zalim maka selagi itulah kritikan dan perlawanan akan terus berpanjangan. 

Aku telah banyak menulis tentang raja di negara ini. Pada awalnya aku rasa sedikit takut. Adakah aku akan ditangkap oleh abang2 polis suatu hari nanti. Tapi aku berlakon berani. Daripada berlakon2 berani aku betul2 jadi berani la pula. Daripada tulis berkias aku tulis direct. Daripada bertanya aku kepada mempersoalkan. Daripada berbahas aku pergi kepada kritikan. Daripada penulisan aku turun padang melakukan hasutan. Aku hasut uncle. Aku hasut pensyarah. Aku hasut orang2 bangsa non muslim untuk kritik sultan. Aku terpaksa akui. Mentaliti muslim dan non muslim dalam isu sultan sebenarnya lebih kurang. Rakyat di negara ini masih tak berani nak mengkritik sultan2 kat negara ini. Sultan2 kat negara ini memang terbukti menggunakan duit pembayar cukai. Bukan citer tipu. Tapi ini fakta. Boleh buka hansard parlimen dan baca mengenai peruntukkan bajet negara tiap2 tahun. Apa yang sultan2 kita terima tiap2 tahun semua ada tertera kat sana bagi yang mahu mengkaji.
Mereka perlu dinafikan hak untuk mendapatkan duit cukai tersebut disebabkan mereka tak berfungsi untuk membantu rakyat.


Atas sebab apa?

Kita kena bayar istana mereka?
Kita kena bayar pekerja2 mereka?
Kita kena bayar kos api, air dan penyelenggaraan istana mereka?
Kita kena tanggung setiap kali ada keraian?

Bagaimana dengan minyak, kos penyelenggaraan kenderaan, tol dan sebagainya? Adakah ini tertakluk ke atas diri kita juga?

Bagaimana pula dengan kaum kerabat diraja yang lain? Berapa banyak sudah kita tanggung kehidupan mereka selama ini?

Sudah la kita kena tanggung segala2nya lepas tue mereka memanipulasikan sejarah supaya kita tak nampak bagaimana raja berperanan membantu kepada penjajahan di negara ini dan berlepas diri darinya supaya tak dikritik oleh rakyat. Apa neh?

Kita dah kena tipu sudah cukup lama dan amatla malang kalau kita nak mempertahankan satu sistem yang telah memperdayakan kita sedangkan mereka tak pernah berada disana untuk mempertahankan kita dari kezaliman pemimpin.

Ada pernah raja2 ini bersuara membantah GST yang dikenakan ke atas kita di saat kos sara hidup melambung?

Atau bising tentang harga rumah yang mahal, rakyat tak mampu beli?

Ataupun memekak isu penyelewengan?

Mereka tak pernah. Bahkan bagi alasan raja tiada kuasa untuk campurtangan dalam urusan politik dan pentadbiran negara. Tapi pelik juga. Dah takde kuasa pasai apa duit rakyat disalurkan kepada mereka?

Pasal apa rakyat kena tanggung pembinaan istana dan kos penyelenggaraan itu pula? Do something for rakyat as return la.

Bila dah terima wang pembayar cukai, lakukan sesuatu untuk membela pembayar2 cukai ini yang sedang tertindas. Bila menggunakan alasan raja2 ini tiada kuasa, itu sama macam makan gaji buta. Duit nak, tapi bantu rakyat taknak. Biarkan rakyat tertindas dari hari ke hari dengan pemimpin2 yang zalim dan rakus kuasa.

Dan alang2 taknak bantu rakyat maka janganla makan duit pembayar cukai. Raja2 ini samada perlu disuruh bekerja untuk membela rakyat2 yang tertindas ataupun jangan la menyedut duit2 pembayar cukai untuk membiayai kehidupan dan keperluan mereka. Duit2 itu disalurkan kepada rakyat tertindas pun lagi bagus. Kat negara lain yang ada satu raja pun orang beria2 nak hapuskan, kat negara ini ada 7 sultan yang aku sendiri pening akan peranan dan kepentingan dorang untuk terus wujud sebagai institusi beraja. Kalau setakat nak mengangkat martabat Islam tue tanpa ada raja pun Islam tiada akan terjejas. Adakah Nabi SAW berdakwah Islam dengan menjadi seorang raja terlebih dahulu? Tak juga. Apa yang penting kefahaman, ilmu dan amalan kita tentang Islam. Selagi kita tak faham Islam bagila sejuta raja pun kat MALAYSIA neh islam kita takan ke mana2 disebabkan ketidakfahaman kita tadi tue.

Sudah2la tue.

Raja2 kat negara neh kena buat pilihan atas dua perkara.

Pertama. Jalankan tugas bantu rakyat dan melawan mereka2 yang menzalimi rakyat. Bersama2 rakyat tertindas. Sesuai dengan tindakan kamu yang dibiayai dengan wang pembayar cukai.

Ataupun. Kedua. Jangan biarkan rakyat tanggung kehidupan korang. Jalani kehidupan sendiri. Nak pentingkan diri ke, taknak amek port ke padan muka dengan rakyat kena tindas ke kena tipu ke kena buli dengan kerajaan yang zalim ke apa ke lantak. Bila rakyat tak perlu tanggung raja2 ini rakyat pun akan tawar ahti nak mengkritik instituasi beraja. Yang dirasakan geram sangat sudahla perlu tanggung keperluan mereka dan bila rakyat ditindas haram nak peduli. Jenguk muka time demo pun jauh sekali bagi menyatakan solidariti. Ini.. salah. Dari apa yang faham, raja akan bersama2 rakyat yang tertindas. Itu raja yang betul. Jika raja tidak bersama dengan rakyat yang tertindas.. itu tak betul.

Teruskan kritik raja.

Biarpun lepas neh beribu Ali akan didakwa di bawah akta hasutan yang sama. Akta hasutan ini memang yang benar boleh mendakwa orang. Dan yang benar juga boleh menakutkan orang untuk berkata2. Tapi penguatkuasaan akta ini tak berupaya untuk mengubah apa yang rakyat fikirkan tentang kezaliman pemerintah dan sikap pentingkan diri sesetengah institusi. Akan tiba satu masa, andai beribu akta diwujudkan untuk menyekat kemaraan rakyat, rakyat juga takan gentar melawan. Masa itu akan tiba. Tunggu aje disitu dengan sabar wahai pemimpin2 yang zalim. Kerana kami sedang mengumpul pengikut untuk melawan kamu. Dan ini sesungguhnya adalah hasutan yang nyata.

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...