Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 31 Ogos 2014

Isu PPS - Apa Yang Anda Perlu Tahu.

Jangan terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan oleh pembangkang mahupun kerajaan dalam isu berkenaan. Mereka cuba mengalihkan topic daripada membincangkan masalah sebenar berkaitan PPS.

PPS ataupun pasukan peronda sukarela memang bermasalah pun sebenarnya. Tapi apa dia? Pada tahun 2013, salah seorang ahli pasukan peronda sukarela terbabit dalam insiden memukul wartawan dan pada tahun 2014, dua anggota PPS telah terlibat dalam satu insiden memukul salah seorang aktivis rakyat yang berjuang isu pembinaan laluan terowong di Penang. Aktivis berkenaan adalah aktivis alam sekitar. Tiada kaitan dengan BN. Dan untuk rekod, selain dari isu Penang tunnel, aktivis berkenaan juga sebenarnya lantang mengangkat isu2 berkaitan rakyat yang tertindas. Kisah uncle kena pukul tue nama dia Ong Eu Soon berusia 52 tahun. Boleh google maklumat berkenaan dia untuk dapat tahu adakah dia orang upahan BN seperti yang dituduh2 oleh orang2 tertentu di ruangan komen.

Yang kita patut faham.

1. PPS ditubuhkan dibawah pemerhatian kerajaan negeri dan sebanyak 1.5juta setahun diperuntukkan untuk membiayai operasi PPS. PPS ialah pasukan sukarela kerajaan negeri Penang. 

2. PDRM baru2 ini telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa PPS ialah satu pertubuhan haram. 

Lihat ;


3. Sebenarnya PPS bukan la satu pertubuhan yang berdaftar disebabkan tiada keperluan untuk berbuat demikian. PPS berada di bawah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang. Tiada keperluan untuk mendaftarkan pertubuhan tersebut kerana dari awal lagi mereka bukan la entiti yang patut dilabelkan sebagai 'pertubuhan'. Mereka ialah pasukan khas di bawah agensi negeri. Macam PEMANDU. Apakah ada keperluan untuk daftar PEMANDU dalam ROS? Hak ala.

4. Apa yang PDRM dan geng2 BN buat ialah cubaan spin isu yang jelas tak matang. Sibuk nak haramkan, sibuk nak siasat, sibuk nak bagi amaran, sibuk suruh bubar. Benda2 neh mengarut dan lari dari masalah sebenar berkaitan PPS.

5. Katakanla PPS tetap perlu berdaftar dengan ROS, daripada pongpang2 dok kutuk dan siasat mereka secara individu, kenapa tidak PDRM berikan satu tempoh had masa kepada PPS untuk berdaftar? Nampak tak permainan dorang kat situ?

6. Satu lagi. Isu neh mula2 spark lepas uncle Ong kena balon. Sepatutnya LGE melakukan siasatan dengan memanggil siapa individu yang memukul uncle Ong. Jangan bersubahat dengan si pemukul2 itu. Biarkan mereka jalani siasatan dan lalui proses hukuman. Apabila DAP tak bertindak seperti itu, ia memberikan satu gambaran bahawa DAP membantu kegiatan samseng berkembang dalam organisasi PPS. Bahkan ia juga memberikan persepsi bahawa kejadian pukul memukul itu mungkin atas arahan LGE. Siapa tahu? Dah ko tak bertindak macam nak selesaikan isu pun. Ko lari topic. PDRM lari topic. Yang kena bantai tetap tak terbela. Logik ka?

7. Ada perkara2 yang perlu diperbaiki dalam organisasi PPS. 

Antaranya ;

- Mendedahkan kepada umum apakah tugas sebenar mereka.
- Apa had kuasa mereka.
- Apakah tugas utama mereka.
- Sejauh manakah penubuhan PPS ini memberikan kebaikan kepada rakyat memandangkan mereka dibiayai oleh kerajaan negeri. Duit kerajaan negeri = duit rakyat Penang.

8. Isu PPS neh dah jadi caca marba disebabkan kecelaruan yang ditunjukkan oleh BN, PDRM dan juga DAP sendiri. 

- Anggota PPS memang bersalah kerana terbabit dalam insiden memukul wartawan dan aktivis. Ini fakta dan mereka perlu disiasat, dihadapkan ke muka pengadilan, dan menerima hukuman. Budaya kerja mereka perlu diperbaiki. Mereka tiada hak untuk memukul mana2 orang awam. Mereka perlu diberikan latihan dan juga penerangan dalam ruang perlembagaan sejauh mana mereka boleh bertindak ke atas orang awam. Mungkin mereka tidak menjalani latihan, tiada sesi penerangan, tiada taklimat, bukanla organisasi yang tersusun maka perkara2 seperti itu diabaikan. Ini salah. Kerajaan negeri perlu amek peranan untuk membetulkan keadaan.

- Sungguh pun terdapat anggota PPS yang bertindak kasar dan diluar kuasa mereka, namun mengharamkan PPS dan juga melakukan siasatan atas sentimen politik, itu juga salah dan mengarut. Sepatutnya PDRM hanya menyiasat mereka2 yang salah guna organisasi untuk bertindak di luar had undang2 negara. PDRM mungkin juga patut lakukan siasatan terhadap PPS dengan meminta mereka bentangkan aktiviti2 yang mereka participate dan apakah peranan yang mereka mainkan. Jika terdapat bukti bahawa PPS cuba lakukan tugas seperti polis maka polis patutlah berbangga. Ini kerana tugas polis banteras jenayah. PPS hanya membantu polis untuk membanteras jenayah. Hanya perlu make a clear statement to PPS, jika mereka handle penjenayah, jangan pukul, just bawa ke balai biar polis take over dari situ. Benda simple aje. Perbincangan boleh, tapi ahli2 politik neh bahkan PDRM sekali gemar bermain sentimen. Siyes, mengarut kot dorang neh. Betul kah dorang neh sungguh2 nak menyelesaikan masalah berbangkit ataupun sekadar gemar bermain propaganda supaya ada topic yang dibahaskan oleh geng2 pembangkang dan kerajaan untuk sesama rakyat berlaga? Haha.

- Untuk rekod, dek kerana PPS, terdapat 2 individu yang disiasat oleh pasukan khas cyber polis akibat bersikap biadap. Kedua2 individu tersebut ialah ;




Buta2 jadi mangsa korban disebabkan gagal berhujah menggunakan akal yang waras. Nak kritik PDRM, kritikla. Tapi jaga sikit ayat tue. Jangan berbalik semula pada kita di kemudian hari ooo..

Btw, punyalah emosi PDRM kau neh, tengok apa yang mereka buat ;


Hak ala.

Adakah anggota2 PPS ialah penjenayah? Apa keperluan nak lakukan siasatan secara individu ke atas setiap anggota PPS? Siap bagi amaran lagi. Tah hapa2.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...