Mahu menentang ataupun mahu menyokong? Personally aku akan hasut korang untuk menentang akta ini namun, jika kita nak menentang mahupun jika ada mana2 pihak yang mahu menyokongnya, perlu la dipandu dengan ilmu. Bukan ikut2an. Asal pembangkang bantah, ko pun ralit ikut bantah. Tapi bantah apa? Kenapa? Ko haram tahu. Hantu betul. Main ikut aje. Satgi apa2 karang salahkan pembangkang. Padahal ko sendiri malas nak amek masa untuk fahamkan apa itu akta hasutan 1948.
Berikut kat bawah adalah sedikit sejarah berkaitan akta hasutan untuk pembacaan kita semua. Amek point2 penting sudah untuk dijadikan rujukan dan input pada masing2 okay.
APA ITU AKTA HASUTAN 1948?
Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah.
APAKAH ASAL USUL AKTA HASUTAN 1948?
Menurut seksyen 3 , kecenderungan menghasut ialah kecenderungan;
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau kerajaan. (b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa cara selain cara yang sah. (c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri. (d) Bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat yang dipertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana negeri dalam kalangan pendudukan Malaysia atau rakyat mana-mana negeri. (e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat untuk mencetuskan pergaduhan antara kaum. (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf atau kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan dilindungi oleh peruntukan bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan.
Kesimpulannya ;
a dengan d tak relevan untuk dikekalkan sama sekali.
Perlu diubah agar bersesuaian dengan peredaran zaman jika sekalipun kerajaan mahu mengekalkan akta ini namun aku setuju akta ini dimahsuhkan. Ini kerana akta ini seringkali digunakan untuk melindungi sistem raja berperlembagaan. Which is satu sistem yang aku memang tolak secara total disebabkan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat jelata di negara ini. Aku malas hurai lanjut kenapa aku tolak, nanti jadi buka topic baru pula. Tapi yang penting akta ini sengaja digunakan untuk melarang rakyat daripada bersuara secara terus terang (menyatakan kebenaran) tentang sesuatu perkara. Bukan sahaja terhadap kaum kerabat diraja bahkan terhadap pemimpin dan kerajaan pun kadang2 jadi isu disebabkan kerajaan kita terlalu sensitif pada kritikan. Asyik mengharapkan pada pujian aje. Tah pape.
Satu lagi.
Di British, akta ini telah pun dihapuskan. Aku setuju sebagai rakyat kita jangan khianat pada negara kita, tapi jika terdapat apa2 tindakan kerajaan, pemimpin, raja yang bersikap khianat pada rakyat dan rakyat dilarang menegur, bersuara, melawan, membangkitkan persoalan2 tersebut kerana bakal berhadapan dengan akta hasutan, bagi aku itu karut. Lainla kalau ianya benar2 fitnah dan mendatangkan mudarat disebabkan menyebarkan berita2 fitnah macam utusan dan TV3. Logik juga dorang tue didakwa dibawah akta hasutan sebab menyebarkan kepalsuan, penipuan, fitnah dan sentimen perkauman yang melampau. Tapi selalunya yang kena adalah pihak yang sebaliknya. Yang melawan kezaliman je kena dakwa manakala yang betul2 melakukan hasutan berdasarkan sentimen fitnah tak didakwa.
Setiap kelemahan2 (polisi berat sebelah) dan kesalahan2 (salahlaku, korupsi, penyelewengan) kerajaan dan mana2 pemimpin termasukla raja2 sekalipun haruslah dibahaskan secara terbuka tanpa perlu ditakutkan dengan apa2 akta yang berniat melindungi kepentingan sesetengah pihak sehingga pihak2 tertentu menyalahgunakan akta tersebut. Eh, memang macam tue la yang berlaku di Malaysia kan sekarang? Sebenarnya, menghasut membenci kerajaan yang zalim bukan salah pun. Kerajaan kena terima hakikat dorang zalim dan hasutan rakyat adalah tepat merujuk kepada keadaan rakyat yang tertindas.
Ada faham?
K bai.
Rujukan : http://keris7lok.blogspot.com/2011/09/apa-itu-akta-hasutan-akta-keselamatan.html
http://prisma.com.my/?p=1009
http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Hasutan_1948