Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 September 2014

PAS Kantoi Lagi - Kerjasama Dengan UMNO Gagal Disebabkan 2 Adun PAS Lari !!!!


Krik krik krik.

Haji hadi diam. Sudah sangat lama. Semalam Husam Musa hentam Haji Hadi. Nampak macam dia balon UMNO. Tapi hakikatnya dia berkias balon TGHH. Sapa yang tahu, tahu la. Selepas TMI dedahkan yang TGHH mahu berkerjasama dengan UMNO di Selangor dengan membentuk kerajaan perpaduan, TGHH diam sampai sekarang. Apa sudah jadi? Takan lari kot? Dan terkini, salah seorang geng2 ulama dalam PAS pula mendedahkan bahawa larinya dua adun dari PAS kepada PKR telah menyebabkan runtuhnya kerjasama yang ingin dibuat oleh PAS bersama UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor.

Pehhhh..

Baca jap ;

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. 
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor. -TMI-

Cakap banyak takmao TGHH. Sekarang cepat saman TMI. Nafikan bahawa PAS memang tiada niat untuk bersatu dan membentuk kerajaan campuran di Selangor dengan UMNO. Adakah TGHH takut disebabkan saksi ramai dalam bilik mesyuarat yang boleh mengesahkan TGHH berbohong?

Ce citer ce citer..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...