Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 September 2014

Konspirasi Satukan UMNO & PAS Didedahkan Husam Musa - Mesti Baca!

 
Mana geng2 PAS yang kata takde UG dalam PAS? Baca la penulisan Husam neh. Nampak macam dia tembak UMNO. Tapi hakikatnya dia tembak Haji Hadi. Haji Hadi mana dia mana? Dia berhutang penjelasan dengan aku. Aku akan serang dia kaw2 sehinggala dia SAMAN TMI mengatakan bahawa dia sama sekali tak pernah terniat nak satukan PAS dengan UMNO kat Selangor.

Selagi mana dia tak saman TMI, selagi itula aku pegang apa yang TMI update. TGHH jangan cuba buat onar dengan meranap kepercayaan rakyat ke atas bahu PAS. Ingat sket orang undi calon2 PAS di Selangor atas sebab mereka mahu nafikan hak BN untuk mentadbir Selangor. Kalau PAS ada waima sedikit niat sekalipun sedang, mahu ataupun ada usaha untuk satukan PAS, UMNO dengan membolehkan BN mendapatkan Selangor, kami akan lawan habis2an. Ko jangan cuba lakon suci dengan sembang bab Islam tapi hakikatnya bermain propaganda demi kuasa. Ingat sket TGHH. Orang perhati aje tindakan2 ko tue.

Baca ;

Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja.

"Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider.

Husam bagaimanapun penuh yakin usaha itu akan menemui jalan buntu kerana katanya, "PAS adalah PAS."

Beliau mengulas tentang desas-desus pembentukan kerajaan PAS, Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.

"Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil. Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisme parti-parti yang terlibat," kata Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.

Husam turut menolak spekulasi PAS akan menerima Khalid yang juga bekas parti rakan Pakatan Rakyat (PR) mereka menyertai parti Islam itu dengan harapan dapat mencukupkan korum membentuk kerajaan perpaduan (UG) bersama Umno.

Beliau berkata, jika parti Islam itu mahu bergabung dengan Khalid dan 12 Adun Umno menjadikan bilangannya 29 kerusi bagi membentuk kerajaan minoriti, itu perlu diputuskan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.

"Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima," kata Husam.

Beliau berkata, mendapatkan PAS melalui pintu belakang Selangor bermakna akan berlaku garis pemisah politik Malaysia yang sangat menakutkan.

"Umno mendapat tambahan sokongan pengundi Melayu dengan dokongan PAS melalui pencabulan moral politik parti itu, tetapi kesannya ia akan menjarakkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada Barisan Nasional (BN).

"Pengundi bukan Melayu terpaksa terus menyokong PR tanpa PAS. Malaysia terbelah dua," katanya membayangkan akibat daripada sokongan Melayu yang kuat kepada kerajaan manakala bukan Melayu akan menjadi pembangkang.

Husam turut mendedahkan ada usaha terancang daripada kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya daripada kumpulan Muhyiddin.

Katanya, kumpulan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka.

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," kata Husam.

Bagaimanapun menurut Husam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengan usaha yang sehingga kini masih dalam kerangka Umno sahaja.

"Itulah sebabnya kumpulan Najib tidak berminat sepenuhnya dengan apa yang cuba diatur," katanya.

Menurut Husam, serangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang sebelum ini menarik balik sokongan terhadap Najib juga ada asasnya.

"Selain terperangkap dalam skandal hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang bukan untuk kepentingan negara sebanyak berbillion ringgit, Najib juga gagal memulihkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sehingga hari ini," katanya.

"Setakat yang saya ikuti perbincangan pelbagai kumpulan strategik Umno, masalah terbesar Umno kini bukan sangat parti Pakatan Rakyat tetapi menjadi satu trend umum Umno ditolak oleh rakyat atas nama dan sifat mereka sebagai Umno. Rakyat yang menolak Umno.

"Najib gagal pada mata Mahathir. Jika Umno mahu diselamatkan, Najib perlu diundurkan."

Disebabkan situasi itu juga menurut Husam, sesetengah kumpulan strategi dalam Umno melihat peluang daripada keadaan di Selangor sekarang.

"Tinggal lagi mereka gagal memahami PAS sepenuhnya dalam rangka gerakan strategi mereka," katanya. -TMI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...