Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 September 2014

Hadi Buka Rahsia - PKR & DAP Yang Kejar Tengku Razaleigh Dulu..


Masa kawan, semua baik buruk dia kita simpan dan jaga. Biarlah. Janji kita sama2 happy dapat kuasa cukupla.

Bila dah benci, macam2 rahsia dia yang kita simpan dulu, kita singkap satu persatu. Yang buruk2 semua kita jaja. Inila situasi yang berlaku pada PR sekarang neh.

PAS buka citer buruk pasal PKR, DAP.
PKR buka citer buruk pasal PAS.

Penyudahnya?

Rakyat sudah tahu citer buruk pasal PAS, PKR dan DAP.

Bila rakyat dah tahu citer buruk pasal korang takan rakyat bodoh2 nak sokong korang taksub-ly pula kan? Memang tak la.

KAH KAH KAH

Kali neh Hadi buka citer pasal KU LI.

Baca lah ;

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.
Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. – TMI -


------------------

Tue dia.

Kalau ikut citer TGHH ;

1. PKR dan DAP terlebih dahulu jumpa Ku Li dan tawarkan dia untuk masuk PR.

2. Tapi Ku Li enggan.

3. Dan kemudian PKR dan DAP minta PAS pula pujuk Ku Li sebab Ku Li enggan menyertai PKR dan DAP.

4. Dan Ku Li tetap enggan meskipun PAS yang memujuknya.

Tak sentuh bab tawar Ku Li sebagai PM Malaysia. Yang penting PKR, DAP dan PAS masing2 menunjukkan kepada rakyat bagaimana dorang bermain politik selama ini. 

Persoalannya. Apsal parti2 politik neh gila nak pujuk orang2 tertentu untuk menyertai parti politik mereka? Tak boleh ke just buat kerja, bantu rakyat dan selesaikan masalah rakyat macam biasa daripada bermain propaganda dan wayang politik dorang? Nanti ada la geng2 partisan akan bagi hujah lapuk macam neh kat ko. Kita nak pujuk orang2 ternama masuk parti PR untuk tujuan millage politik. Nanti orang2 hebat masuk maka milagge politik PR akan naik, rakyat akan beri perhatian, undian akan meningkat, sokongan akan menaik.. blablabla.. seterusnya membantu mereka cepat mendapatkan kuasa. Dah dapat kuasa boleh la berperang kerusi PM pula. Apa la sangat kerusi MB. Dah jemu kot.

HA HA HA

Ini sebenarnya dah lari dari matlamat asal. Dorang buat satu halatuju. Dorang paksa kita fikir halatuju dorang betul. Hakikatnya halatuju dorang salah dan merepek gila kot. Yang patut dorang focus ialah just buat kerja macam biasa. Betul cara kerja ko, lambat atau cepat rakyat sendiri akan memihak kepada ko (undi PR). Dengan tengok cara ko buat kerja untuk bantu selesaikan masalah rakyat. Ini setakat rakyat sokong ko sebab pemimpin2 tertentu ada dalam PR memang rakyat tue bodoh nak mampos la. Kalau ada pun pemimpin2 tue so what? Adakah kerajaan akan tukar polisi kapitalisme mereka kepada polisi menjaga kebajikan rakyat? Tak kan. Apa yang penting ialah gerak kerja untuk memulihkan ataupun menukar polisi2 yang menindas rakyat. Setakat masuk parti, berceramah huha huha dan balik tak payah la. Gatal kepala aku melihat cara pemimpin2 partisan mencorakkan halatuju parti mereka. Silap betul aku neh. Patut dari lahir lagi aku kena melawan penipuan dorang. Mungkin jika itu aku buat, sekarang aku dah ada satu gerakan kukuh untuk melawan permainan dorang. Silap aku tak berfikir begini sejak lahir. Kan sekarang dah susah nak kena mula dari awal.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...