Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Februari 2014

Isu TV3 Kantoi Melapor Dalam Kes Banjir Di Sabah - Ini Jawapan Balas Dari BN..

Sepatutnya TV3 respon sekali. TV3 memang dah selalu kantoi suka menipu, menfitnah, menokok tambah cerita dan sebagainya. Imej tv3 yang buruk adalah atas ciptaan tv3 sendiri. Jangan nak salahkan persepsi orang. Check dulu macam mana cara korang melapor berita. Korang sendiri yang pilih jalan tue.

Semalam kecoh di alam maya mengenai tv3 yang dikatakan menggunakan paparan klip lama untuk cover isu banjir di tv3. Tindakan itu dipercayai apabila pelbagai pengguna alam maya dari Sabah melaporkan bantuan lama tiba dan BN menjadi mangsa makian dan kecaman pelbagai pihak kerana lambat bertindak untuk membantu mereka2 yang memerlukan.

Antara gambar2 yang tersebar untuk gambarkan keadaan banjir besar tersebut ;





Then, malam semalam tv3 laporkan isu banjir. Selepas dari laporan tersebut, ada yang menyebarkan gambar yang dipetik dari paparan berita tersebut yang menyebut tv3 kantoi dalam melapor isu banjir di Sabah untuk cover BN yang lambat bertindak untuk menghantar bantuan kepada mangsa2 banjir.

Rujuk ;





Berikut pula paparan berita tersebut dalam versi video ;



Rujuk sini kalau video gagal load.

Kalau kita perhatikan memang terbukti tarikh pada rakaman tersebut di blurkan. Video tersebut pula adalah milik tv3 aku rasa disebabkan dari cara interview, nampak macam di interview direct dari geng2 unit berita tv3. Pada asalnya tv3 blurkan part tarikh dan masa tue. Kemudian di akhir2 rakaman, mereka tak blurkan tarikh dan masa pula. So ramai la fikir tv3 gunakan video lama untuk cover BN yang lambat hantar bantuan ke mangsa banjir.

Then, Jamawi Jaafar, wakil dari BN tampil membuat penafian. Katanya bantuan untuk mangsa banjir itu adalah perkara yang baru berlaku. Bukan video lama tetapi video baru. Cuma salah set tarikh dan masa aje.


Lihat jawapan balas dari mereka pula ;




Rujukan : https://www.facebook.com/jamawi.jaafar?fref=ts


Kat situ ada gambar2 pasal bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir. Tengok tarikh dan waktu nampaknya macam betul tv3 salah set tarikh dan masa.


Apa pun, pada aku ini satu pengajaran kepada tv3 itu sendiri. Tak boleh nak salahkan persepsi dan tohmahan rakyat secara melulu sebab benda neh tv3 sendiri yang cari. Masih ingat kes pengembala kambing dengan serigala? Mula2 dia tipu penduduk kampung sekali, katanya ada serigala nak makan kambing dia. Tolong.. tolong.. orang punya la percaya berlari2 nak selamatkan dia. Rupa2nya dia menipu aje. Buat lawak bangang aje nak hilangkan rasa bosan dia. Then dia menipu lagi. Menipu sampai 3 kali. Buat benda yang sama. 

Maksudnya kat sini orang kampung dah percayakan dia sebanyak 3 kali, dah bagi dia peluang sebanyak 3 kali, tetapi pengembala kambing tersebut masih lagi mempermain2kan kepercayaan orang terhadap diri dia. And then, satu hari, betul2 si serigala datang dan makan kambing dia. Dia yang doakan benda macam tue, itu sebab akhirnya serigala sebenar datang dan makan kambing2 dia. Dia minta tolong, merayu agar orang kampung bersama2 dia halau serigala tersebut tapi orang tak endahkan permintaan dia. Kenapa? Penipuan demi penipuan yang dicanangkan selama neh buat orang jauh ahti.

Macam tue juga la kes nya dengan tv3. Penipuan demi penipuan yang dicanangkan oleh tv3, buat rakyat jauh ahti dengan kredibliti berita terbitan mereka. Ini mungkin sedikit kesilapan. Kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Tetapi rakyat fikir punyalah jauh sebab terkesan dengan penipuan dan fitnah yang seringkali disebarkan oleh tv3 selama neh. TV3 patut muhasabah diri. Bayangkan bila ko laporkan benda yang betul2 berlaku and orang tak percayakan ko sebaliknya tuduh2 ko fitnah? Macam tue juga yang aku dan ramai lagi ramai Malaysia di luar sana rasakan, bila kami bagitahu kebenaran, korang bukan saja memilih untuk tidak mempercayainya, bahkan menuduh dan menfitnah kami dengan kata2 yang kejam lagi berniat jahat. Sekarang ko dah tahu bukan tv3? Maka muhasabah la diri ko tue.

And, aku tertarik nak share satu gambar dari fb Jamawi Jaafar..

Lihat ;
 
Aku tak kesah dengan logo BN. Aku cuma nak tahu jika bantuan ini menggunakan duit dari parti BN ataupun duit dari dana kerajaan yang memang ada peruntukkan khas untuk mangsa banjir? Jika ia duit pembayar cukai, maka logo tersebut adalah salah sama sekali. Jika ia gunakan duit dari parti BN, logo tersebut memang perlu untuk track back apa2 hal senang. Kot2 bagi makanan basi ke owhh orang tahu la sapa yang bagi kan. 

Kalau kita tengok klip berita di atas, orang berbaju koyak pun ada. Sedih tengok baju koyak2 masuk dalam berita. Kasi la cover sikit ma. Rumah musnah terus. Harap2 ada bantuan rumah dan ia tak makan masa lama sangat untuk bina rumah untuk nenek yang mengadu dalam paparan berita awal tadi tue.

Itu je la. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...