Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 Februari 2014

Nasihat Kira-Kira Untuk Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni.

Petang semalam aku ada terbaca satu berita. Berita tersebut pasal GST. Ada satu ayat yang buat aku rasa sentap bila membacanya. Ia diucapkan oleh seseorang yang menduduki tempat yang sangat tinggi dalam kementerian kewangan. Individu tersebut ialah menteri kewangan kedua, DS Ahmad Husni.

Nak tahu dia sebut apa?

Meh baca sini ;



Lagi bacaan lanjut :


Kajian lanjut mendapati GST hanya menaikkan harga barangan, seperti diukur Indeks Harga Pengguna, rendah secara relatifnya sebanyak 1.8 peratus.

“Kadar GST kita rendah. Malah, ia antara terendah di peringkat antarabangsa.

“Daripada lebih 160 negara yang mempunyai GST atau yang sepertinya, hanya lima peratus mempunyai kadar lebih rendah daripada 6 peratus,” kata Ahmad Husni.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam forum GST anjuran Institut Pengurusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/254951

Aku akan terangkan dulu apa yang menteri kita sebutkan di atas.

1. Menteri berkata = negara kita mempunyai kadar GST yang ter-rendah bila dibandingkan dengan 160 buah negara yang lain. Kadar GST kita rendah, dan terbukti rendah di peringkat antarabangsa. Hanya 5% negara je kadar GSTnya di bawah dari 6%.

2. Pengguna yang mendapat gaji rm2,000 sebulan hanya perlu menanggung pertambahan cukai (disebabkan GST) sebanyak RM15.06 saja setiap bulan.

3. Dengan pelaksanaan GST pada tahun hadapan kelak, harga barangan tidak akan jauh berbeza dari sekarang. Hanya mencatatkan sedikit kenaikan aje. Itupun tak dinyatakan 1.8% secara bulanan ke tahunan ke apa ke. Tak lengkap ye info di atas. Nak ulas pun susah.

Aku nak bagitau ;

1. Kita boleh google kalau kita mahu. Kalau kita nak lakukan perbandingan, sila lakukan perbandingan dengan telus. Boleh ke orang yang baru2 buat kereta bandingkan dengan orang yang dah lama keluarkan kereta? Mesti tak adil bukan. Mestila yang dah lama buat kereta lebih advanced (tak terpakai untuk PROTON) betul?

2. Sama juga konsepnya dengan GST. GST di SG diperkenalkan pada rate 3% pada awalnya sebelum naik secara berperingkat. Sila google la info bersepah. Ada yang perkenalkan GST pada kadar 2% juga. Kemudiannya naik secara berperingkat. Kerajaan kita neh tahu2 aje terus letak 5%. Kenapa tak ikut macam negara2 lain?

3. Dan jangan lupa tiada JAMINAN, di ulangi TIADA JAMINAN BAHAWA KADAR INI AKAN KEKAL (5%).

4. Ini bermaksud BN boleh naikkan kadar ini kepada 6,7,8,9 ataupun lebih ikut keperluan dan kesesuaian OTAK MEREKA MENTAFSIR KEADAAN. Bukan ikut KEPERLUAN DAN KESESUAIAN RAKYAT KAT NEGARA INI.

5. Hujah last. Macam mana kita boleh tentukan berapa banyak cukai GST yang seseorang itu perlu keluarkan berdasarkan TANGGA GAJI?

CUKAI GST itu merujuk kepada cukai perkhidmatan dan barangan. Yakni kita berlanggan perkhidmatan itu, barangan itu maka kita akan terpaksa bayar untuk GST sekali.

Jadi tak tepat langsung bila dia sebut mereka2 yang bergaji rm2,000 sebulan hanya perlu tambahkan perbelanjaan sebanyak 15.06 sen sebulan selepas GST diperkenalkan. Siapa tahu yang bergaji 2k belanja apa? Yang bergaji 1k belanja apa? Yang bergaji 3k belanja apa? Setiap individu yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza2. Gunakan GAJI untuk mengukur kadar pertambahan perbelanjaan kita selepas GST diperkenalkan adalah tidak tepat.

GST bukan nya cukai berkaitan pendapatan.

GST cukai barangan dan perkhidmatan.

Nak buat ukuran yang tepat ialah nilaikan, jenis2 barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar lebih ataupun kurang selepas GST diperkenalkan.

Ini yang sepatutnya.

Harus di ingat, aku bukan budak ekonomi. Mungkin ada benda yang aku tak nampak untuk merelevankan hujah menteri di atas. Tetapi siyes aku cakap, aku tak rasa budak2 ekonomi pun akan merelevankan hujah di atas. Tunggu dan lihatlah..

Oke bai..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...