Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Februari 2014

4 Skandal Penyelewengan Membabitkan Ahmad Said Akan Terbongkar Pada Jumaat Ini?

WOWW..


Robin Hood.. apa sudah jadi neh? Takan 4 aje skandal penyelewengan yang terkait dengan nama ko, ko berjaya buat sepanjang menjadi MB di Terengganu tue? Kalau ikut standard pemimpin BN, 4 itu di anggap kecik, sedikit dan tak mahir dalam menyonglap lagi. Kurang2 nak jadi power mesti ada 10 skandal penyelewengan yang terkumpul macam pemimpin2 BN yang lain. Apa la lue Robin Hood. Tak terer langsung dalam nak songlap duit rakyat.

KAH KAH KAH
KUALA LUMPUR: ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Nawawi (gambar) berkata Pas Terengganu akan mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Jumaat ini.
Katanya, pihaknya telah menerima surat balasan yang menyatakan persetujuan daripada SPRM yang bertarikh 10 Februari lalu.
“Saya telah menerima surat daripada SPRM yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan temu janji dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk bincang soal rasuah di Terengganu, Jumaat ini pada jam 3 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas semalam.
Menurut beliau, empat isu penyelewengan di Terengganu yang bakal disentuh adalah pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.
“Terengganu negeri yang cukup kaya tapi banyak penyelewengan. Kita dapat lihat kemiskinan dialami rakyat.
“Bajet Terengganu tertinggi di Semenanjung iaitu RM 2.3 bilion tapi rakyat hidup daif,” katanya.
Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat akan pergi ke Ibu Pejabat SPRM bersama bapa saudara Sultan Mizan, Tengku Ibrahim Sultan Ismail; ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan ADUN Bandar, Azam Ismail.
Dengan pendedahan ini, adakah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan melepaskan jawatannya kerana kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju Ahmad Said jadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja sehingga Mei ini.
Jika SPRM mendakwa Ahmad Said, maka beliau terpaksa melepaskan jawatannya sehingga kes mahkamahnya selesai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...