Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 Februari 2014

Gambar Najib Berucap Dalam Gereja Pula Tersebar..

Jika sebelum neh Anwar memasuki gereja untuk menjayakan kempen kajangmove dan perkara itu telah diperkatakan secara meluas oleh mereka2 yang beragama Islam tanpa kira dari side PR mahupun BN. Ada yang menyokong tak kurang juga ada yang membantah. Macam2 hujah yang disandarkan untuk membantah dan menyokong perkara tersebut.

Aku ingat lagi satu insiden. Ada satu gambar yang ikon internet popular pernah share dulu. Mat Lufti. Kenal nama ini? Dulu dia pernah sharekan gambar dia memasuki gereja. Ramai juga yang mempersoalkan tindakan dia. Kenapa memasuki gereja itu salah jika tujuan kita adalah untuk meraikan kepelbagaian? Adakah kalau masuk saja gereja kita semestinya murtad, terkeluar dari Islam, tergelincir akidah ataupun orang yang sesat dari Islam?

Sejak2 dari itu aku rumuskan sesuatu. Ada orang Islam kat negara neh lebih takutkan gereja berbanding takutkan Allah. Berapa ramai mereka2 yang bukan penganut kristian, tak pernah jejak gereja sekalipun, tetapi masih lagi menjadi atheis? Tidak mempercayai konsep mengimani Allah? Berapa ramai lagi anak2 melayu yang berzina, yang hidupnya penuh dengan kemaksiatan, yang terlibat dengan budaya negatif tetapi tidak pernah menjejaki gereja? Yang mengaku murtad yang mengaku gay pun tak pernah melawat gereja. Jadi apa sebab bila ada mana2 muslim yang memasuki gereja mereka di anggap sedang merosakkan akidah diri?

Aku nak juga citer sejarah aku dengan gereja. Aku nak juga citer sejarah aku hidup dengan penganut kristian. Tapi aku tak rasa penceritaan aku akan membawa mood manusia untuk berfikir lebih positif. Mereka akan beranggapan semua saja yang berbeza dengan kita adalah negatif dan wajib diperangi secara total. Maaf cakap, terima kasih la umat Islam sebab berjaya menakutkan umat Islam yang lain macam aku. Aku tak takut dengan penganut agama yang berbeza dengan aku sebab aku belajar untuk memahami perbezaan tersebut tetapi aku takut dengan orang Islam walaupun kita ada banyak persamaan.

Lihat gambar Najib memasuki gereja pula ;

 
Inila gambar yang disiarkan oleh TMI. Najib berucap dalam gereja. Sebelum neh masa penyokong2 PR memerli dan menyindir Najib yang bertemu dengan paderi ketua gereja katolik, Pope Benedict XVI. Jangan kita buat2 lupa.

Bukan semua, tetapi ada. Menyindir yang Najib mahu meraih kembali kepercayaan masyarakat kristian yang peratusan nya kecik aje kat negara neh. Menyindir yang Najib mengadaikan akidah sampai jejak ke dalam gereja.

Macam mana kita nak bentuk persefahaman kalau masing2 dari kumpulan kita ada mereka2 yang berfikiran ektremis? Aku boleh faham sindiran tersebut kalau ia merujuk kepada Nik Aziz yang diserang oleh bloggers BN akibat meraikan perbezaan (TGNA dikecam kerana meraikan paderi kristian) tetapi aku tak boleh faham sama sekali bilamana point2 dari penyokong PR nampaknya tak ubah sama sekali macam point2 yang digunakan oleh penyokong2 BN dalam isu Anwar masuk gereja ketika ini. Bukan kah ini masanya untuk kita amek cermin dan fikirkan sejenak?

Dua kumpulan yang berbeza, mempersoalkan satu perkara yang sama. Macam mengadap kembar seiras yang bergaduh woitt apasal muka ko dan muka aku sama hah?

Itu yang aku nampak dan jika korang tak hentikan apa yang korang buat sekarang neh korang hanya menambahburukkan situasi mengenai Islam di mata dunia. Respon dan kutukan yang keterlaluan ke atas Najib yang memasuki gereja, ke atas Anwar Ibrahim yang memasuki gereja, ke atas pimpinan PAS yang masuk gereja bantu umat kristian, ke atas mana2 muslim yang memasuki gereja adalah tidak perlu.

Daripada melihat individu apa yang masuk gereja dan mari kita kutuk mereka kerana memasuki gereja, apa kata kita lihat apa sebab dia masuk gereja dan apa peranan yang dia mahu bawakan dalam gereja?


Ada banyak sebab kenapa politik kita sukar mencapai peringkat kematangan kat negara neh. Tidak, sekurang2nya untuk tempoh terdekat ini. Selain tertarik dengan gambar pemimpin bersolat, tertarik dengan pemimpin yang tahan teksi, tertarik dengan pemimpin yang bagi roti, ataupun tertarik dengan pemimpin yang berpayung pegang jenazah, kita juga tertarik nak mengulas isu perbezaan agama dengan cara yang sangat negatif daripada menangganinya secara positif.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...