Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Februari 2014

Azmin Ali Mungkin Di Lantik Sebagai Timbalan Menteri Besar Di Selangor..


Itulah yang tersebar sekarang neh. Bagaimana ia tersebar dan mengapa ia tersebar? Meh aku ceritakan dari awal. Kisah neh bermula disini ;
What Anwar has not told PAS yet, though, and if he did then PAS would jump, is that Anwar is going to create the post of Deputy Menteri Besar and he is going to give this job to Azmin Ali.
We all know that Anwar not only is not a good manager but he is too busy to sit down and run the state with all his jet-setting and international meetings and lectures he has to attend to. Hence, in his absence, and he will be absent for sure, Azmin would become the de facto Menteri Besar cum gatekeeper.
Azmin is quite infamous for his gatekeeper work during the time when Anwar was the Finance Minister and Deputy Prime Minister. This was one of the main grievances that people had against Anwar and Azmin at that time. People not only had to pay Azmin for appointments to meet Anwar but they also had to give him a commission on all successful deals.
So, as Deputy Menteri Besar, Azmin is going to be the de facto Menteri Besar with ‘Mike Tyson’ as his assistant. That is one way of becoming the Menteri Besar, although not it name but certainly in function, by going through the back door.

Satu persatu dulu.

Hari tue ada orang inbox dan share satu link berita dari TMI. 

Rujuk ==> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-will-bring-mat-tyson-to-selangor-government

Anwar bercadang mahu melantik Muhammad Bin Muhammad Taib = bekas menteri besar Selangor yang terkait dengan tuduhan rasuah. Muhammad Bin Muhammad Taib neh masuk PAS pada tahun lepas. Dan PAS menerimanya secara terbuka dan berlapang dada. PAS juga menganggap bahawa semua kesalahan2 lampau Muhammad terhadap rakyat di anggap lupus.

Aku tiada masalah dia nak masuk mana2 parti pun tetapi kalau angkat dia secara keterlaluan pada aku itu over. Sekarang DSAI nak bawa dia masuk semula ke dalam pentadbiran Selangor. Itu pengakuan DSAI sendiri yang dipetik dari TMI. Bukan tuduhan kosong dari mana2 pihak. Bagi aku berlambak2 lagi orang yang BERSIH imej nya dan masih muda boleh dibawa dan kenapa masih heret Muhammad? Aku akan gabungkan analisis aku di akhir artikel nanti.

Kemudiannya, aku membaca penulisan terbaru dari RPK. Aku rasa Anwar patut respon apa yang RPK ulas di laman blognya sebab ia mendapat perhatian ramai. Yang neh pun ada orang inbox aku dan minta aku baca. 

Aku baca dan aku simpulkan point2 RPK seperti berikut ;

1. Anwar akan memegang jawatan MB Selangor.

2. Itu sebab kerusi di Kajang dikosongkan. Untuk memberikan laluan kepada DSAI menjadi MB.

3. Sultan tidak berapa gemar Anwar menjadi MB Selangor. Sultan lebih favor kepada Khalid Ibrahim.

4. Selain dari Sultan Selangor, PAS juga tidak favor kepada Anwar sebagai MB Selangor.

5. Dan disinila RPK menulis. Oleh kerana PAS tidak menyokong secara penuh akan keputusan PKR meletakkan DSAI sebagai MB Selangor, maka Muhammad Bin Muhammad Taib digunakan sebagai batu loncatan agar PAS bersetuju dengan perkara tersebut.

6. PKR akan berikan satu jawatan khas kepada Muhammad Bin Muhammad Taib = ahli PAS di Selangor dengan beranggapan ahti PAS akan lembut dengan perlantikkan DSAI sebagai MB Selangor tak berapa lama lagi.

7. Muhammad bin Muhammad Taib akan digunakan untuk memancing emosi PAS dan ahli2 PAS di Selangor disebabkan DSAI juga tidak menawarkan jawatan timbalan MB Selangor kepada PAS. Kedudukan Muhammad mungkin akan mengendurkan PAS yang beranggapan bahawa mereka juga ada suara yang besar dalam pentadbiran tertinggi Selangor.

8. Menurut RPK, jawatan Timbalan menteri besar Selangor akan diwujudkan oleh DSAI dan ia dalam perancangan mereka. Jawatan ini pernah dikemukakan kepada Sultan Selangor suatu ketika dulu dan ia ditolak. Dan RPK percaya bahawa ia akan ditolak sekali lagi oleh Sultan Selangor jika PKR masih mengemukakan idea yang sama pada masa akan datang.

9.  Atas sebab apa DSAI mahu melantik Azmin Ali sebagai timbalan menteri besar Selangor adalah disebabkan jadual DSAI yang padat sentiasa. DSAI terlalu sibuk dengan pelbagai siri ceramah, undangan, forum, jemputan, program dan syarahan yang dia terima tak putus2 dalam dan luar negara sehingga tak memungkinkan untuk dia duduk diam saja dalam pejabat menteri besar Selangor. Maka seseorang perlu ada disitu sebagai bekap untuk uruskan hal ehwal negeri Selangor, which is PKR merasakan Azmin Ali ialah calon yang paling berkaliber dan berkelayakkan.

10. Menurut RPK lagi, ketika DSAI menjadi menteri dan duduk dalam kerajaan, Azmin Ali mengambil kesempatan dengan kedudukan DSAI untuk membuat untung.

11. Apa yang Azmin Ali buat ialah mengenakan caj tertentu pada mereka2 yang nak bertemu Anwar (atas urusan perniagaan) dan mengambil komisen jika deal tersebut berjaya.

12. Namun RPK tak pula menjelaskan jika2 Anwar menyedari akan hal tersebut.

13. Kesimpulan RPK, oleh kerana Anwar terlalu sibuk dalam dan luar negara, dia tak sepatutnya melantik diri dia sebagai menteri besar dari awal lagi (perancangan PKR).

Rujukan penuh disini ==> http://www.malaysia-today.net/getting-in-through-the-back-door/

Oke, part neh selesai.

Part Zaid pula.

Aku rasa ramai yang dah tahu bahawa Zaid menawarkan diri untuk bertanding di Kajang. Yang aku pelik. Mula2 ketika DSAI umumkan kajang move which is dah jadi kajang movie sekarang neh, dia adalah penyokong kepada tindakan DSAI. Siap tulis artikel untuk menyokong apa yang DSAI buat di Selangor. Dia ulas bagaimana permasalahan dalaman parti menyusahkan kerja2 dalam pentadbiran negeri dan ia perlu diselesaikan segera bagi menjaga hak rakyat dan tindakan DSAI itu adalah betul.

Oke fine. Kat sini dia sokong Anwar rupanya. Itulah impression aku.

Dan tetiba2 dia umum eh dia nak bertanding di Kajang pula. Apa citer neh bro? Mula2 dia kata dia sokong ANWAR. Kemudian jadi calon pula. Bukan kah ini melanggar kenyataan asalnya? Well, dari segi kedudukan, aku tak rasa pun, Anwar akan kalah dengan Zaid apatah lagi dengan Hermantino tue. Anwar masih secure kemenangan di Kajang. Suka tak suka pun dengan kajang movie, aku tak melihat Anwar akan tewas di Kajang.

Apa yang aku nampak dan aku rasa ini mungkin berlaku, Zaid dan Anwar sebenarnya dah kawtim. Mereka dah kawtim kat belakang2 dan mereka dah kawtim bab sesuatu, apa yang mereka dah kawtim tue aku tatau tetapi aku percaya mereka mungkin kawtim bagi mengelirukan jentera Barisan Nasional. Ini yang aku nampak. Itu sebab aku rasa korang semua tak payah beria2 nak maki hamun Zaid bagai la. Dalam politik A tak semestinya dibaca sebagai A. Ia boleh dibaca sebagai tiga garis lurus yang bersatu. Atau sebagai mata yang melintang ataupun sebagai tiga segi yang digaris tengah2. Ini semua political punya story la bro. Tak terjangkau akal kita semua. Kalau citer bab propaganda.

Sekarang neh part analisis.

Aku rasa apa yang RPK tulis tue tak semestinya fakta, tetapi perlu diberikan penekanan memandangkan ramai yang mula rasa tak seronok dengan penulisan tersebut. Sekurang2nya PKR perlu memberikan respon. Adakah mereka akan wujudkan jawatan timbalan menteri besar di Selangor dan serahkan seat tersebut kepada Azmin Ali? Adakah penulisan RPK ini ada asas ataupun ia sekadar tuduhan rambang tanpa bukti? PKR patut respon terhadap spekulasi ini. 

Dalam semua penceritaan di atas, aku rasa ada sesuatu yang kosong mengenai DAP. Adakah ini bermaksud parti yang claim mereka demokratik menyokong kepada sebarang usaha yang sedang direncanakan oleh PKR?

Ada dua benda yang kita kena faham betul2. Apa yang tersebar mungkin fakta, dan mungkin adalah sebaliknya. Jika ianya fakta, adakah DAP = demokratik la sangat = sokong? Jika ia bukan fakta, tiada masalah bila DAP memilih untuk batukan diri dari bercakap2 secara terbuka. Jangan cakap dengan aku, yang Anwar dah secure sesuatu yang buat DAP memang akan sokong apa saja keputusan yang diplan oleh PKR. 

Aku rasa DSAI, PKR, DAP dan PAS patut menolak Muhammad. Maksudnya jangan berikan dia apa2 jawatan khas dan sebagainya. DSAI sekurang2nya pernah jadi banduan. Aku tak pernah beranggapan ANWAR leader yang bersih tapi apa yang aku rasa, DSAI ialah leader yang telah melalui pelbagai suka duka dan hukuman penjara itu telah mengajar dia sesuatu. 

Ini berbeza dengan Muhammad. Dia bertaubat macam mana sekalipun, kesalahan dia dengan rakyat ialah cerita lain. Dia suka atau tidak, dia perlu melalui hukuman untuk menjadikan dia manusia yang bertanggungjawab sepenuhnya. Dia tidak sepatutnya dilantik dalam pentadbiran di Selangor dalam apa jua sebab sekalipun. Aku juga ada pandangan bahawa Muhammad sengaja pilih PAS berbanding PKR atas sebab2 tertentu. Sedangkan kalau ikut dari style Muhammad, parti politik yang lebih relevant dengan dia sepatutnya PKR, bukan nya PAS.

Jika Anwar perlukan pembantu, tolong pilih pembantu berdasarkan kepada ciri2 berikut ;

1. BERSIH + AMANAH + TIADA SKANDAL SILAM ataupun baru yang terpalit ke atasnya.

2. Muda

3. Merit = bertanggungjawab, jenis buat kerja.

Muhammad bin Muhammad Taib, terus terang. Dia dah SEASON. 

Kalau kita gabungkan semua penulisan dan pendapat2 dari pelbagai pihak kita lihat kedudukan pentadbiran di Selangor mungkin akan jadi seperti berikut ;

MB = Anwar
TMB = Azmin Ali
Penasihat ekonomi = Khalid Ibrahim
Penasihat khas untuk pembangunan luar bandar = Muhammad Bin Muhammad Taib

Ia tak semestinya benar, tetapi jika ia benar seperti di atas, ada sesuatu yang perlu diberikan penilaian semula.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...