Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Februari 2014

Pemuda Ini Melulut Merayu2 Depan Pejabat LGE Minta Bantuan..

Begitu la yang tersebar sejak 2 hari yang lepas.

Lihat ;


Dan kemudian nya disini ;


Sejujurnya aku tidak suka melihat apa yang aku lihat ketika ini. Aku faham tindakan individu tersebut yang terdesak gila babi untuk mendapatkan bantuan dari pihak kerajaan negeri yang aku perlihatkan agak lambat bertindak untuk masuk campur. Boleh jadi kerana syarikat ini bukan dibawah kawalan kerajaan negeri maka kerajaan negeri tidak boleh sewenang2nya bertindak. Sebelum proses dia melulut tue, mesti ada berlaku sesuatu sebab yang akhirnya mendesak dia untuk melutut. Itu yang aku rasakan.

Tahun lepas, ada satu insiden yang aku laporkan berkaitan perkara di atas. Di mana salah seorang wakil Pakatan Rakyat di Penang yang berjanji nak bantu untuk selesaikan permasalahan ini lari daripada rakyat yang minta bantuan dari mereka.

Rujuk ; http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/exco-pr-sombong-lari-rakyat-menangis.html


Seingat aku tak ramai mereka2 yang mengaku mereka PRO RAKYAT mengambil bahagian dalam melaporkan perkara ini. Boleh jadi kerana berita ini tidak FAVOR kepada parti yang mereka sayang secara peribadi.

Wakil rakyat = orang yang dilantik untuk buat kerja dengan memperolehi gaji secara bulanan. Ribu2 tau.

Ko bodek dan puji dorang bagai nak rak pun, dorang takan share gaji dorang dengan korang.

Hehe.

Aku difahamkan yang LGE memang dalam rangka nak membantu mereka2 yang tersepit dalam pembelian rumah tersebut. Rumah kos rendah pada asalnya bertukar status menjadi perumahan yang tidak mampu milik bagi kebanyakkan pembeli2 yang dah berhabis wang ringgit untuk membeli rumah tersebut. Daripada 75k menjadi kepada 172k tak pasal2. Mana nak cekau pinjaman lagi. Mana nak bayar tiap2 bulan lagi. Gila babi apa pemaju perumahan neh? Ini dah menipu namanya. Sepatutnya dia boleh didakwa kerana menipu. Lesen syarikat perumahan dia dah boleh ditarik balik sebab bukti2 penipuan dia dah ter-rekod melalui surat perjanjian jual beli rumah. Setakat bukti dan saksi semudah ABC aje boleh dikumpul2. Sebab ramai yang terlibat dalam penipuan syarikat tersebut.

Isu neh akan menjadi perhatian aku sebagai penanda aras bagaimana agaknya kerajaan penang akan turun padang membantu menyelesaikan masalah rakyat pembeli rumah kos rendah di negeri tersebut.

LGE kena selesaikan isu neh secara berhemah sebab selain dari aku, kemain ramai lagi mata2 dari BARISAN NASIONAL memerhatikan tindakan kerajaan negeri Penang. Boleh la anggap ini sebagai modal untuk meraih kepercayaan orang melayu terhadap DAP atau apa saja asalkan mereka2 yang terjejas (pembeli rumah) dibantu dengan seadilnya oleh kerajaan PENANG. Itu yang aku harap-harapkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...