Assalammualaikum warahmatullah.
Saya bekerja di Pusat Bandar Melawati. Sekitar Pusat Bandar Melawati adanya Masjid Mardhiah, Masjid Hidayah Baru, Masjid Sobirin, Masjid Muqorrabin & Masjid Ar-Riduan. Setelah makan tengahari, saya mencadangkan kepada 3 orang lagi sahabat saya untuk bersolat jumaat di Masjid Ar-Riduan. Alasan saya adalah sudah pasti masjid ini berkhutbah tentang isu yang berlaku Mesir, apatah lagi warga Lembah Klang tahu masjid ini sangat hidup dengan kuliah agama. Kuliah pertama Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Lembah Klang pun pertama kali diadakan di sini.
Kami tiba selepas azan yang kedua selesai. Terus mendengar khutbah yang dibacakan oleh Khatib. Saya mendengar butir2 kata Khatib dengan penuh minat. Apatah lagi melihat kelancaran Khatib berkhutbah tanpa membaca teks. Bukan membaca khutbah, tapi berkhutbah.
Khatib memulai khutbah dengan mengajak para jemaah bertaqwa kepada Allah dgn sebenar-benarnya. Kemudian, beliau menyentuh tentang Bulan Syawal. Katanya, kita semua perlu istiqomah dengan amal kebajikan yang kita telah lakukan ketika bulan Ramadan. Buktikan pada Allah di bulan Syawal pun kita mampu untuk solat berjemaah di masjid. Kemudian, beliau menegur sikap Umat Islam yang berlumba2 merayakan Syawal dengan mengadakan jamuan yang membazir, berlumba2 nak menunjukkan diri mereka hebat dari yang lain.
Saya tersenyum. Bagus khatib menegur para jemaah dengan isu ini. Kemudian, beliau bercerita pula tentang peperangan yang berlaku di Bulan Syawal ketika zaman Rasulullah. Disentuh tentang perang Ahzab, disentuh tentang perang Hunain.
Semasa inilah, hati kecil saya berbicara : "Wah, nampaknya Khatib nak sentuh isu perang zaman Nabi dulu, kemudian baru nak selitkan isu Mesir. Hebat!". Namun apa yang saya harapkan tidak muncul. Sebaik selesai berkhutbah tentang peperangan Hunain, terus tamat khutbah pertama.
Masuk khutbah kedua pun sama. Tidak sentuh langsung tentang isu Mesir. Hati kecil saya berbicara lagi : "Oh, mungkin Khatib akan jadi Imam dan bacakan doa Qunut Nazilah untuk rakyat Mesir."
Bersolatlah saya dengan para jemaah. Berimamkan si Khatib yang sama. Bacaannya sedap, Subhanallah. Masuk rakaat kedua, selepas Iktidal tidak ada juga Qunut Nazilah.
Setelah memberi salam kedua, beristighfarlah kami semua, diketuai oleh Imam berkenaan. Seterusnya doa. Harapan saya yang terakhir ada di sini. "Ya Allah, doa nanti, biarlah Imam sentuh tentang Mesir ke, Syria ke, Palestine ke dan lain-lain."
Alhamdulillah, masa doa Imam berdoa Bahasa Melayu. Harapan besar untuk berdoa khusus buat Mesir. Namun..............
TIDAK ADA!
Sedih.....
Buat pihak pengurusan Masjid, Masjid Ar-Riduan, hatta masjid mana-mana sekalipun di Malaysia, susah sangat ke nak sentuh isu semasa yang berlaku dalam dunia Islam? Tak sedarkah kalian inilah ketika Solat Jumaatlah paling ramai Umat Islam Malaysia berkumpul di masjid? Jika kalian membaca teks Khutbah yang disediakan oleh jabatan agama negeri masing-masing sekalipun, takkanlah tidak terfikir di akal fikiran untuk menitipkan doa selepas solat?
Apa-apapun, saya mengucapkan tahniah kepada Masjid Syakirin, KLCC dan Masjid USM yang berkhutbah isu Mesir. Dengarnya, Khatib di sana membacakan khutbah Mesir yang telah disediakan oleh Dr Hafidzi ( Pertubuhan IKRAM Malaysia).
Maafkan saya jika surat terbuka ini mengguris hati mana-mana pihak. Saya rasa perlu sangat saya ketengahkan isu ini. Selepas solat tadi, nak juga jumpa Imam, nak nyatakan kekecewaan saya kepada beliau. Namun saya fikir lebih elok saya ketengahkan isu ini di facebook dan dimaklumi oleh semua warga Malaysia.
Bukan untuk mencari salah sesiapa, hanya mahu kita mengkoreksi diri masing-masing : Apa sumbangan kita untuk Umat Islam Mesir disaat mereka dibunuh, disembelih dan dibakar..
Wallahuallam..
Hamba Allah yang hina;
Akhi Fairuz
Anak Jengka berkelana di Kuala Lumpur
16 Ogos 2013
3.05 petang
Rujukan : https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/549616161772470