Ada yang cakap benda neh tak patut. Kalau kiblat salah, betulkan kiblat, bukan robohkan surau. Apatah lagi surau di bina atas tapak persendirian, dan di atas wang milik pemiliknya. Jadi jika nak robohkan apa2 pun ia sepatutnya atas pemilik itu. Kalau pemilik bersetuju merobohkan, maka dia robohkan la. Kalau dia tak bersetuju maka siapa la orang2 macam kita nak paksa.
Berikut kat bawah pula pendapat MAZA berkenaan isu tersebut ;
Aku sampai sekarang neh masih lagi kurang jelas akan status 'kesucian' surau tersebut selepas upacara tersebut.
Jika surau tersebut tidak rosak, terjejas dan sebagainya, pendapat aku, betulkan arah kiblat ataupun memperbaiki 'perkara yang terjejas' itu sudah mencukupi. Tidak perlu la dirobohkan terus.
Dan seterusnya mengimarahkan surau itu secara bersama2.
Bukan mengimarahkan dengan orang dari pelbagai agama pula.
Hehe.
Dari apa yang aku faham mengenai isu neh ialah kita kena hormat pelbagai bangsa dan pelbagai agama walau di mana2 negara kita tinggal sekalipun. Rumah ibadat ialah mewakili agama kepada penganut tertentu. Surau mewakili penganut islam. Jadi aku percaya penganut buddha dan mana2 agama sekalipun faham perkara ini. Aku percaya kita kena raikan orang2 bukan islam untuk mendekati surau dan masjid tetapi bukan sampai cara membenarkan upacara mereka dijalankan dalam rumah ibadat penganut muslim. Mereka masuk, mereka kenal Allah. Kita pergi ke rumah ibadat mereka, dan kenalkan Allah. Itu yang aku faham dengan konsep dakwah dan tarbiah. Maksudnya untuk memperkenalkan apa itu Islam dan Allah, tidak perlu ada batasan. Tetapi untuk membenarkan kesyirikan, itu perlu ada batasan.
Namun label2 yang keras, kasar dan berniat jahat tidak boleh dilemparkan kepada mana2 penganut sekalipun. Raikan perbezaan dengan cara yang berhemah dan matang. Mereka hanya akan faham jika kita telah memainkan peranan untuk memahamkan mereka. Itu saja. Bai.