Boleh nampak betapa gila nya cara dorang berfikir. Ada ke nak suraikan perhimpunan dengan bakar kanak2 dan bakar hospital?
Yang aku heran. Menteri2 Mesir boleh menpertahankan tindakan gila dorang dengan bagi alasan bahawa inilah yang terbaik dilakukan bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan lebih dari sebulan..
Gila nak mampos.
Ada ke bakar orang dalam khemah ialah penyelesaian terbaik? Bakar kanak2? Bakar hospital? Musnahkan klinik mini dan pusat penyimpanan makanan?
Dari apa yang aku fahamkan.
Kalau khemah terbakar mesti boleh lari betul tak? Nama pun khemah kan? Aku syak depa bakar khemah yang menempatkan mangsa2 kecederaan yang tak mampu lari disebabkan sakit atau tertidur kesan dari ubat.
So boleh nampak betapa kejamnya tentera di bawah pimpinan Fatah Al Sisi neh. Yang aku pelik. Ada gak rakyat di negara neh pro Fattah..
Gile apa sokong keganasan?
Baca berita kat bawah neh ;
Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau.
Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.
Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.
Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.
Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1,000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.
Ikhwanonline memetik kenyataan hospital Rab’ah melaporkan bahawa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2,200 syahid dan puluhan ribu luka luka.
Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.
Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.