Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Ogos 2013

Isu Surau Jadi Tokong - Seorang Lelaki Di Tahan

Individu yang ditahan neh dipercayai ada kaitan dengan memberikan keizinan kepada sekumpulan penganut buddha untuk menggunakan surau tersebut bagi upacara keagamaan ikut kepercayaan buddha. Polis dah react. Baca statement pak polisi.

Ada orang pertikaikan. Alasan dia rapuh. Katanya tidak tahu kumpulan ini akan lakukan upacara keagamaan. Padahal hampir setiap minggu mereka datang ke situ. Entah betul entah tidak. Kalau betul kira dia nak lempar kesalahan kat kumpulan tue la pula. Padahal dia yang bagi izin kot.

Aku sejujurnya nak amek tahu dulu pendapat dari sudut agama macam mana. Satu isu baru neh. Kalau ada sesiapa yang boleh hujah berdasarkan sudut pandang agama lebih baik. Boleh aku belajar.

Kalau ikut hujah akal perkara neh boleh mengundang kekeliruan. Agak2 la gunakan surau untuk sekutukan Allah. Aku faham luar dan dalam surau atau masjid kalau kita sekutukan Allah dosa nya takde beza. Aku faham.

Tapi bukan kah kita di seru hormati rumah ibadat orang lain? Bayangkan tetiba kita pergi gereja dan mengaji2 sampai penganut kristian rasa tergangu, boleh ke?

Yang jumpa neh pun sebab penginap resort neh nak solat. Kalau dia taknak solat haram le dia jumpa. So sekarang orang muslim nak gunakan ruang solat untuk solat tapi tak dapat nak guna disebabkan perkara tersebut wajar ka?

Aku rasa dia dah solat kat tempat lain. Tapi sebab dia rasa tergangu dia rakam dan report polis untuk tindakan lanjut.

Aku rasa la kan.

Tapi tindakan melulu nak terjah kumpulan neh pun semacam tak kena. Yang beri keizinan untuk mereka guna pun pengurus resort. Yakni melayu. Muslim pula tue. Takan tatau dorang tu ada sami apa bagai? Patut tanya elok2. Meditasi apa? 

Jelas kat sini pengurus resort neh kurang sensitif. Aku tengok upacara tu 2 3 saat pun aku dah rasa heran. Seriously ko buat benda neh kat tempat yang dinamakan surau?

Kalau bilik biasa ka takpe lagi. Bilik share2. So kita faham. Multi purpose. Ini rumah ibadat kot. Multi purpose juga tapi bukan multi 'solah' maaa. Tidak sesuai la aku rasa. Apa pun aku suka nak dengar hujah agama pula. Takde ke ulama2 popular macam MAZA UZAR UFB ZAHAZAN nak ulas serba sedikit?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...