Ada sesuatu yang tak kena dengan respon balas Nazri Aziz berhubung kes jawatan anak dia sebagai pegawai khas. Kita cadangan Nazri Aziz dengar dan faham betul2 dulu apa yang kita nak sampaikan disini. Dari apa yang aku perhatikan, Nazri tak faham situasi, sebab tue kenyataan dia makin lama makin angkuh.
Imej angkuh tue tak berapa baik bagi seorang menteri yang sentiasa berurusan dengan rakyat.
Nazri Aziz ;
“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan satu muzium patung lilin di Shah Alam hari ini.
Katanya beliau tidak mengendahkan pandangan seperti itu kerana beliau dipilih secara sah dan masih dilantik sebagai menteri.
“Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” katanya.
1. Ia bukan kementerian sesiapa pun. Ia adalah kementerian yang tertakluk sebagai agensi kerajaan. Ia bukan hak milik peribadi sebaliknya hak milik umum yang mana kerajaan Malaysia memiliki ia secara kuasa.
2. Nazri Aziz berhak lantik sesiapa saja menjadi pegawai khasnya. Ia bukan isu. Jika Nazri Aziz lantik yang tidak memenuhi merit, dia yang rugi kalau pegawai khasnya tak pandai buat kerja dan begitulah sebaliknya. Jika pegawai khasnya gagal perform yang kena ketuk dengan rakyat marhaen, dia juga. So imej dia yang akan musnah lama kelamaan. Tetapi still itu bukan main point. Yang orang suarakan kenapa anak kandung sendiri dilantik untuk menjawat jawatan itu? Ia jadi isu kerana ia babitkan persepsi masyarakat. Sejujurnya kalau tanya aku, aku tak rasa ia isu besar yang perlu difikirkan sampai pecah kepala hotak. Kalau dia layak untuk pegang jawatan itu, biar je la dia pegang. Nak bantu bapa dia buat kerja, apa salahnya? Jika bapa dia rasa hanya anak dia mampu memberikan hasil kerja yang terbaik, mampu memberikan pendapat dan kritikan yang ikhlas, apa masalahnya? Yang penting buat kerja. Itu jek konsep yang aku tekankan disini.
3. Sepatutnya Nazri Aziz beri jawapan yang jujur.
4. Namun bila orang tanya dia jawab ;
- Anaknya tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai, Nazri Aziz bayar dia menggunakan wang poketnya sendiri.
- Namun anak dia dinamakan dalam jawatan yang tertakluk dalam kementerian. Iaitu sebagai pegawai khas. Nama jawatan itu ada dalam website kementerian. Rujuk sini.
- Ini bermaksud ada kemungkinan yang besar bahawa anak dia dibenarkan menggunakan segala kemudahan yang tertakluk ke atas seorang pekerja atas nama jawatan itu.
- Ini mengundang persepsi yang lebih negatif.
Lebih teruk bila jawapan seperti ini keluar dari mulut seorang menteri ;
Nazri berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi muda di kawasannya.
Jika tidak terlibat dalam kerja2 kementerian tak perlu la letak nama dia di website yang mewakili kementerian.
Nazri Aziz lantik dia atas kapasiti wakil rakyat, maka letak la nama dia dalam portal khas yang mewalili Nazri Aziz sebagai wakil rakyat.
Betul tak?
Pendapat aku, jika benar sekalipun Nazri Aziz melantik dia sebagai pegawai khas, mengaku terang2 lebih baik. Ia bukan benda pelik bahkan jika dibandingkan dengan beberapa kes nepotisme yang lain, kes Nazri Aziz neh apa la sangat. Aku memegang konsep, kroni yang baik = buat kerja, cekap = ia kroni yang dibolehkan. Yang aku tolak, kroni yang tak boleh buat kerja, bahkan sesiapa yang tak reti buat kerja, tak kira kroni atau tidak, memang patut ditolak. Itu je la. Bai.
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/238400