Kalau difahami jalan cerita nya, rujuk sini, kita dapat memahami bahawa kesemua masalah neh berlaku berpunca dari sikap seorang menantu Tuan Guru. Dan geng2 neh la yang sebenarnya sedang marah dan menyerang sana sini. Semua yang tak bersetuju dengan dia ialah ;
1. SYAITAN
2. TAK SOLAT
3. TAK BETUL AKIDAHNYA.
Takpe la. Aku pun takmo ambil peduli sangat dengan tuduhan2 seperti itu. Allah kan ada. Allah lebih tahu akidah2 aktivis sosialis dan Dr. Nasir macam mana. Ko nak tuduh, fitnah dan maki sekalipun, ko tetap akan tanggung akibatnya. Dunia atau akhirat, cepat atau lambat. Biar Allah je tolong nilaikan ko bagi pihak individu2 yang telah dituduh secara rambang oleh sekumpulan ahli pas di sesetengah cawangan neh.
Isu Anwar tue aku sedikit sebanyak bersetuju juga ulasan dari sahabat pada awalnya. Aku akui. Dalam diam rupanya Anwar dan Najib telah bersetuju untuk menghormati keputusan pilihanraya, walau apa juga hasilnya. Maksudnya Anwar dan Najib telah bersetuju untuk menghormati keputusan dan suara rakyat yang memilih pada 5 Mei lepas. Pada sangkaan aku, Najib dan Anwar bertemu dan berdiskusi. Kecik juga ahti rasanya. Rupanya aku tersilap.
Yang sebenarnya hanya Anwar yang berjumpa dengan Jusof Kalla. Najib langsung tidak hadir dalam pertemuan tersebut. SIGN apa2 dokumen pun tidak. Namun Najib memberikan jaminan akan menghormati keputusan PRU 5 Mei tersebut. Jadi kat sini Anwar dan Najib tak bertemu pun.
Then aku godek lagi. Kenapa la Anwar buat perkara seperti neh? Rupanya Anwar menjangkakan bahawa PRU neh PR akan menang. Untuk memastikan keputusan PRU diterima oleh semua pihak, tanpa ada kekacauan dan gangguan, maka Anwar sangat2 mengharapkan kerjasama dari BN untuk menerima kemenangan PR, jika itu benar2 menjadi realiti.
Point neh aku tengok ada bernasnya.
Lagipun, aku terbuka. Anwar dan Najib bagi aku boleh terus berlawan dan berkawan dalam masa yang sama. Cuma nya jangan ada sikap hipokrit. Maksudnya kat depan2 media ko kutuk sesama sendiri kaw2, then belakang2 media rupanya korang plan nak buat macam tue untuk naikkan imej masing2. Yang tue jangan. Yang macam perjanjian neh aku rasa, aku boleh nampak kewajaran kenapa ia berlaku.
So aku cadangkan, kita semua fahami jalan cerita. Lantak la korang nak terima atau taknak terima, hak masing2 dan aku terima. Kita berhak mempunyai pendirian sendiri kan.
Yang kedua nya, aku cadangkan jangan tambahkan api. Geng2 UG neh ialah geng2 Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Korang mungkin nak bekap sesetengah yang lain atas alasan2 tertentu, tetapi secara tak langsung korang terbekap geng2 Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Ini tak berapa baik untuk movement kita, untuk perjuangan kita.
Aku tak kisah.
Andaikata ada pemimpin2 dalam PAS mahu menolak PKR dan DAP. Aku tak kisah. Hak PAS untuk bekerjasama dengan sesiapa sekalipun. Aku hormat je dasar parti tue. Apatah lagi aku diluar parti. Cuma aku minta, biarpun bukan bersama2 PKR dan DAP, cukupla jadi lone ranger macam aku. Asal jangan bersatu dengan BN. Ini je.
Isu pertindihan kerusi, aku tak cenderung lihat kerusi tue parti siapa yang punya. Tetapi aku melihat kepada kecederungan pengundi. Maksudnya antara kedua2 calon PAS dan PKR, siapa yang mendapat tempat di ahti penyokong2 PR? Maka, itulah jawapannya. Pilihan rakyat ialah JAWAPAN TERBAIK bagi permasalahan neh.
Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/05/analisis-keputusan-pakatan-rakyat-pru.html
Dan pilihan itu sepatutnya dihormati pada PRU ke 14 nanti. Ini barulah dikatakan pemimpin yang memahami aspirasi rakyat.
Yang ketiga, berhenti serang orang dengan tuduhan palsu dan merepek. Asal cakap sikit, berbeza sikit semua orang tue dituduh dibeli PKR, orang PKR dan sebagainya. Aku tak faham kenapa sikap seperti neh timbul.
Aku dah cakap. Kita kena tengok pada isu dan masalah yang timbul. Setiap isu mempunyai jalan penyelesaian yang berbeza2. Di Kota Damansara, ini isunya. Dan ini cara penyelesaian. Di Semenyih lain pula isunya. Begitu juga di tempat2 lain, lain isu, lain kawasan, lain jalan ceritanya dan sudah semestinya penyelesaian juga berbeza2 kat sini.
Dan jalan penyelesaian2 yang wujud tue sebenarnya nak rungkaikan masalah yang timbul. Bukan nak bagi korang tambah sakit ahti dengan rasa korang di pihak yang kalah dan salah. Ia just korang need to move on.
Oke.
Satu perkara telah berlaku. Oke fine, pelan aku tak menjadi. Aku gagal. Oke, aku kena kritik. Oke, aku terima, aku open minded, aku berlapang dada. Dan oke aku tutup cerita.
Sudah la.
Kenapa pula mesti, sesuatu sudah berlaku, aku yang pelan benda tue, tapi orang lain bersalah semuanya, aku tak bersalah. Aku betul. Mastermind aku, tetapi yang salah orang lain. Mastermind aku, tetapi yang dihalau keluar dari parti orang lain. Mastermind aku, tetapi yang dibidas orang lain. Mastermind aku, aku, aku dan aku, tetapi aku HARAM bersalah sampai ke kiamat walaupun aku slumber je melakukan pelbagai tuduhan ke atas calon lain ketika berkempen.
Aku dah sebut. Lagi korang menyerang secara membuta tuli, lagi orang akan nampak hidden agenda korang. Cukupla. Mungkin la ada beberapa blogger diperlihatkan seperti membela tindakan PKR atas isu Kota Damansara dan isu pertindihan kerusi, tetapi percayalah, itu semua berlaku disebabkan kami melihat isu. Jangan negatif pada kami hanya kerana kami tak bercakap sepertimana yang korang inginkan kami bercakap. Sekian.