Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 Mei 2013

Saiful Nikah Mas Kahwin RM41,101 Dan Aku Tak Okey.

RM41,101.

Satu angka yang besar untuk MAS KAHWIN.

Dan aku kena kutuk dengan budak2 UMNO bila persoalkan isu tersebut. Alamak ai. Kutuk dan kondem tue aku tak marah. Aku tak kecik ahti nak beza pendapat. Tapi aku cukup bengang bila ko mengutuk tanpa ko memahami tujuan sebenar kenapa aku bangkitkan persoalan tersebut.

Nak kutuk tue kutuk je.

Tapi biar faham betul2. Dah faham kenapa aku bangkitkan persoalan tersebut, nak bidas, bidas je la. Aku takde hal. Aku memang tak sangka baik ah kat Saiful tue. Ko nak cakap aku buruk sangka, fikir negatif dan segala bagai terpulang. Aku takan nafikan. Pasal memang betul pun. 

Aku bersangka buruk, dan aku sesungguhnya mengakui nya.

Hakikat. 

Apa kena mengena pula MAS KAHWIN Si Saiful tue dengan aku? Actually kalau sekali pandang memang takde kaitan langsung.

Tapi kalau diperhalusi betul2, sebenarnya ada kaitan. Bahkan aku berhak mempersoalkan hal tersebut. Selaku admin KBSB aku mendesak Saiful Bukhari Azlan membuat penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan orang awam. Atau.. lebih tepat, kekeliruan aku sendiri.

KAH KAH KAH

Rilex dulu SBA. Jangan nak marah aku melulu. Aku, kalau marah ko memang logik. Ko, kalau nak marah aku tak logik. Pasal apa?

Emosi, jika dizahirkan pada situasi yang betul itu logik.

Contohnya.

Satu hari saya beli kek. Lepas tue tetiba ada orang langgar saya dan kek saya terjatuh. Dia tak minta maaf dan chow macam tue jek. Eeee geramnya aku dengan orang macam neh. Rasa nak belasah jek. At least minta maaf la ke apa ke.. <-- so emosi neh betul merujuk kepada keadaan ketika itu. Aku berhak rasa marah.

So situasi KBSB dengan SBA adalah seperti neh. Kami di KBSB berhak rasa WAS2 dan mempersoalkan nilai mas kahwin yang SBA berikan kepada isteri dia.

Seperti yang umum tahu KBSB wujud disebabkan kewujudan SBA itu sendiri. Mengaku di liwat secara paksa walaupun sendiri yang buka seluar dan salin kepada tuala. Lepas kena liwat siap minum air kopi dan makan karipap. Aku tak pasti. Aku benar2 tak tahu..

Apakah perkara yang di gelar meliwat itu memampukan ko rasa nak minum dan makan sejurus perkara tersebut berlaku TANPA KERELAAN kau?

Lupakan. Isu hari neh bukan isu fitnah liwat II. Isu hari neh ialah isu mas kahwin Saiful. Mesti SBA tertanya2 atas kapasiti apa KBSB nak menyibuk dalam urusan peribadi dia. Betul tak SBA?

Don't worry. Kerana aku ada disini untuk merungkai persoalan yang terbit dalam KEPALA hotak kau itu. Ya, aku faham ko baru kahwin dan perlukan mood untuk berehat dan berbulan madu. Sebab tue aku tak hadap ko jawab sepantas kilat. Selesaikan dulu urusan mu wahai SBA dan selepas itu baru la menjawab persoalan kami.

Pertamanya SBA perlu tahu. Isu fitnah liwat II sebenarnya dikaitkan dengan sejumlah wang. Ramai di luar sana mempercayai yang SBA telah dibayar sejumlah wang yang besar untuk menfitnah DSAI meliwatnya.

Cuma bukti itu kita belum ada. Kita cakap terus terang neh.

Dan tetiba bila SBA kahwin, didedahkan pula angka mas kahwin kepada public. Adakah public tidak terkejut bila melihat seseorang yang tidak bekerja, boleh pergi umrah berkali2? Dan lebih pelik mampu bayar mas kahwin berjumlah RM41,101? Itu belum masuk hantaran lagi tue.

Ye. Betul. Itu hak dia la nak letak mas kahwin berapa2 pun.

Dan kita tak persoalkan apa2 seperti itu. Kita persoalkan dari mana individu yang tak bekerja mampu mempunyai wang yang banyak? SEBANYAK itu untuk MAS KAHWIN je pun?

WOW.

Apa yang dia buat?

Betul ke dia dibayar oleh pihak tertentu untuk fitnah DSAI?

Ini persepsi aku je ke SBA? Hello. Ko baca komen kat MKINI sendiri. Ini persepsi ramai orang SBA weh. Siyes neh. Persoalan neh tak menari2 kat dalam KEPALA HOTAK aku aje oke. Ia berlegar2 dalam KEPALA HOTAK ramai orang oke.

Ko pun kena terima. Ko tue sensasi imej dan personaliti.

Ko tue individu yang terkait dengan tokoh pro pembangkang no 1 negara, Anwar Ibrahim.

Setiap tindakan ko serba sedikit orang perhatikan.

Apatah lagi ko buat isu yang sangat2 kontroversi dan menjadi perbualan masyarakat dalam dan luar negara.

Dan hari neh bila ko tiba2 keluar dengan citer kahwin dan mas kahwin sebanyak RM41,101 apa pula tak anehnya kalau orang persoalkan ko?

Lainkali, rahsiakan. Kalau taknak terima persepsi negatif, baik rahsiakan saiful. Tindakan ko dedahkan kepada umum memberikan kami ruang untuk timbulkan persepsi. Sebab tindakan2 ko sebelum neh menyakitkan ahti kami. Lelaki jenis apa yang takde maruah terima dan masih memakai seluar jeans yang si peliwat berikan untuk dia?

Tindakan ko, kata2 ko mendorong orang untuk rasa benci dan meluat walaupun sebenarnya kami tak hingin nak berbuat demikian.

Dengan tak kerja, dengan tak berbuat apa2, boleh kumpul RM41,101? Apakah rahsia ko? Mana ko dapat duit banyak2 tue SBA?

Dedahkan. Kami pengkritik tetap ko di KBSB berhak amek tahu. Dalam hal perkahwinan ko tue, kita orang tak kacau. Kita orang doakan ko bahagia. Kekal. Sampai ke anak cucu. Siyes. Ikhlas neh. Tapi bab kekayaan ko kami berhak tahu. Jika benarlah ko melibatkan diri dengan seperti yang kami gambarkan, alangkah berdosa besarnya ko wahai SAIFUL.

Kerana apa?

FITNAH menjadi2. Reputasi seseorang dan satu entiti politik terjejas disebabkan ko.

Manusia bercakaran disebabkan fitnah tersebut. Cina tak tepuk tangan kali neh. Sebab dorang pun sibuk bergaduh sekali angkara politik.

Gejala kelucahan semakin giat disebarkan secara terbuka, tanpa kawalan. Seolah2 isu seks ialah isu yang boleh dijaja secara terbuka tanpa mengambil kira sentimen pihak tertentu.

Dan yang paling teruk, upacara sumpah, agama jadi permainan politik. Islam jadi topeng untuk halalkan fitnah.

Atas sebab itu Saiful, aku mohon ko jelaskan semua kekeliruan ini. Apa sumber kewangan ko? Bagaimana ko boleh sekaya itu. Adakah dengan cara halal? Atau haram? Kalau halal, mohon share tips kekayaan ko tue. Aku pun nak kaya macam ko juga. Bukan apa, takde la aku berdemo pongpang2 lawan BN kalau dah kaya macam ko kan. Senang sikit habiskan semua hutang2 yang wujud neh. Kalau bayar cukai pun tak terasa bebannya. Ye tak?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...