Aku setuju.
Pelan asal, strategi asal, itu memang tepat. Sebab tue aku setuju.
Dalam isu Kota Damansara yang aku paling tak setuju mengatakan seseorang itu SYAITAN tanpa mengenali seseorang itu secara berdepan. Tuk guru sekalipun, kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan khabar angin ataupun sampaian dari orang ketiga. Seteruk mana Dr. Nasir tue sekalipun, amek inisiatif, jumpa, kenal, tengok, teliti, telek, selidik depan2.
Pasal apa?
Pasal kita tak pasti. Kadang2 orang lain salah faham dengan orang lain. Orang yang salah faham neh mungkin menyampaikan sesuatu yang salah dan tak betul pasal seseorang yang lain. Sebab tue kita sendiri kena amek inisiatif selidik dan siasat semua berita yang sampai kepada kita. Maaf, aku sangat2 tidak bersetuju dengan cara tersebut. Korang boleh ada pemikiran yang berbeza. Hak masing2.
Sambung balik. Then ada la cawangan PAS tertentu, berang. MARAH. SAKIT AHTI. SOUND DEPAN2. Then Khalid Samad respon pertanyaan wartawan. Dia jawab ringkas je la. Dia cakap kita terbuka kepada kritikan. AMK tegur PAS tue ada kebenaran nya. Dan dia bersetuju pertindihan kerusi yang berlaku di Kota Damansara memang salah PAS pun.
Kalau kita tengok pecahan undi, kemon la. Dr Nasir dapat sokongan kalau dibanding dengan calon PAS. Aku tak tengok parti. Aku tengok kecondongan pengundi majoriti. Dr.Nasir perform di Kota Damansara sebelumnya. Sebab tue aku yakin pengundi masih mahu dia.
Lepas Khalid Samad respon, then ada la sekumpulan pihak tue berang. Boleh dihalau Khalid Samad keluar PAS dan masuk PKR?
Pfttt.
Kalau dah STOK2 GENG UG, GENG UMNO, PERANGAI PUN SEBIJIK MACAM UMNO. SIBUK NAK HALAU2 ORANG KONON.
PUI.
Sapa makan cili, sapa rasa dia geng UG, sila la rasa PEDAS. Oke?
Sekarang baca serba sedikit luahan Khalid Samad atas isu yang berbangkit kat bawah neh hah ;
Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? Ianya seperti berikut:
i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS.
ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi.
iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan ‘melanggar janji’ oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi.
iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS!
Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!
Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas.
Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak.
Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!
Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka.
Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar.
Rujukan dan bacaan penuh : http://www.khalidsamad.com/2013/05/persoalan-kota-damansara-pengajaran.html
Dalam isu Kota Damansara, nak tahu sapa yang buat hal? Klik sini ==>
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/05/khalid-samad-hentam-din-ayam-dan-konco.html
http://wasiatpejuang.blogspot.com/2013/05/video-sexs-guru-sekolah-bertudung-labuh.html
Wehhhhh
Kita orang dah lali la dengan orang2 totok, taksub neh. Lepas neh korang nak cakap apa, cakap je la. Yang aku tahu aku tetap akan lawan habis2an geng2 UG neh. Sekarang Khalid Samad benar2 berseorangan. Husam takde, Salahuddin kalah, Mat Sabu kalah, Dr Dzul pun kalah. Dr. Lolo dah pergi. Tinggal beberapa kerat je yang mampu lawan UG. Yang beberapa kerat neh la kita orang akan dokong untuk lawan geng2 pro perpaduan dalam PAS tue. Disebabkan dorang [puak2 tertentu] la TGNA terpaksa keluarkan statement tegas..
SELAGI TUK GURU HIDUP [TGNA], PAS TAKAN BERSATU DENGAN UMNO.
Yang neh, sapa yang faham hint, faham la. Oke bai.