Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Mei 2013

KEDAH Sokong Pelaksanaan AES - Tahniah PAS Kedah!


Tahniah.
Bersyukurlah.

Ketidakterbukaan kepada kritikan, ketidakterbukaan kepada perubahan, ketidakterbukaan kepada idea menyebabkan Kedah jatuh tergolek2 ke tangan BN.

Tidak terbuka satu hal. Menafikan satu hal yang lain pula. Menuduh orang yang mengkritik dengan tuduhan yang KARUT lagi MEREPEK satu hal yang lain lagi.

Insaflah wahai penyokong2 PAS KEDAH yang telah memaki hamun pengkritik2 kamu dengan pelbagai tuduhan yang mengarut lagi SAMPAH.

Tulisan2 tersebut masih lagi terdapat dalam blog ini. Sila cari dan semak semula kata2 anda terhadap saya.

KAH KAH KAH

Kita ucapkan tahniah, kerana akhirnya AES akan sampai di KEDAH.

Berbangga la ek.

Baca bawah statement rasmi dari KASE berikutan KEDAH telah pun bersetuju untuk 
melaksanakan AES. Meskipun aku tak bersetuju 100% dengan pendapat dari KASE bahawa majoriti telah memangkah BN, kerana pada hakikatnya majoriti pangkah PR. BN menang tetapi dengan minoriti bukan majoriti, tetapi tindakan KASE membatalkan khidmat guaman ini tepat. Ia akan mengajar diri aku, ko dan kita semua apa itu sistem yang menjahanamkan duit poket kita sendiri.

Sehingga kita sesak nak mampos, takde duit nak beli itu neh, tercekik, berhutang, mengelupur tatau nak hidup macam mana baru kita tahu apa itu kerajaan yang adil. Selagi tak rasa semua di atas, kita semua takan nampak apa itu kezaliman BN.

Ya, kali neh mari kita mampos secara bersama2 dan beramai2. 

Baca lah ;

Pada 22 September 2012, Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.

Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat guaman.

Peguam KASE dan JUHAM telah membantu pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di seluruh negara.

Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES.

Majoriti pengundi Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan bangganya atas slogan “BN Menang Rakyat Senang” Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian kepada kemalangan maut.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna.

Walau pun begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan.

Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.

Dalam masa yang sama KASE masih dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan berkaitan AES kepada masyarakat.

KASE berusaha memberikan bantuan kepada pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri dengan memilih AES.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...