Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 31 Mei 2013

MP UMNO Bidas Pengusiran Nurul Izzah Dari Sabah.


Bukan semua wakil rakyat UMNO / BN itu bingai2 belaka. Ataupun bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka2 yang bertanggungjawab mentadbir satu2 negeri. Yang neh aku setuju sangat dengan kata2 MP Umno iaitu Bung Mokhtar.

Menurut Bung Mokthar ;
Penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai adalah “bencana” dan “kesilapan besar”, kata ahli Parlimen (MP) Umno Datuk Bung Mokhtar Radin malam tadi.

MP Penampang Darell Leiking dari PKR juga mengkritik halangan masuk MP Lembah Pantai itu ke Sabah, mengatakan ia telah mencemarkan “reputasi negeri sebagai tuan rumah”.

“Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut  akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.

“Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka,” tambah ahli majlis tertinggi Umno itu.

Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bung-mokhtar-halau-nurul-izzah-dari-sabah-satu-kesilapan-besar/

Kalau aku jadi UMNO aku takan buat kerja2 BODOH macam neh. Siyes. Buat apa aku nak naikkan SAHAM NURUL IZZAH? Tindakan ini hanya akan mencemarkan dan menjatukan reputasi BN je akhirnya. Kenapa aku kena jatuhkan reputasi parti yang aku wakili pula?

Aku kadangkala tak faham cara pemimpin2 BN berfikir. Tapi siyes aku cakap dorang memang lemah dalam menangkis persepsi dan tanggapan umum. Nak halang Nurul Izzah masuk kerana apa? Menghasut? Berapa ramai sangat nak dengar citer politik dia kalau dia masuk Sabah pun semata2 nak raikan perayaan?

Pengusiran dia dari Sabah hanya naikkan millage politik dia je. Dari orang tatau dia ke Sabah, orang terus tahu eh dia pergi Sabah dan kena halau pula tue. Lagi la orang akan tunding2 jari ke UMNO. 

Woit. Kat sabah banyak PATI. Layanan yang PATI terima lebih baik dari Nurul Izzah terima meskipun terbukti Nurul Izzah neh warganegara Malaysia, apa citer?

Nak halau2 orang tak menjelaskan sebab kenapa dia perlu di usir segera dari SABAH pun problem juga. At least keluarkan satu larangan yang jelas. Bersebab. Kenapa perkara itu berlaku. Harus dibuktikan dan disahkan atas nama undang2. Bukan buat undang2 mee segera. Hari neh aku mao halang Nurul Izzah jejak Sabah, sila get lost.

Macam tue ka?

Kemon la. Korang tak membantu menaikkan reputasi BN pun. Sesiapa dari BN nak masuk mana2 kerajaan negeri yang PR tadbir tak pernah kena halau pun meskipun kebanyakkan kedatangan korang, korang bawa dan jaja cerita2 fitnah yang merepek tak tentu hala. Aku nak je tampil ke depan bercerita dengan pemimpin2 macam neh. Tapi masing2 kemain ego, ada guard kiri kanan berkawal dan jaga. Takut sangat pada rakyat marhaen. Ingat kita orang ada bawa pisau dan pistol ka? Mulut aje weh. Kalau dengan mulut pun ko failed, apatah lagi nak tadbir negara? Layak kah? 

Pfttt. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...