Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Jun 2013

Pilihanraya Dikaitkan Dengan Wang Sumbangan Dari Genting.



190 juta.

Satu angka yang sangat besar. Baru2 neh satu laporan telah mendedahkan bahawa GENTING telah melakukan beberapa sumbangan sosial yang mencecah hampir RM190juta dalam 6 bulan pertama. Satu jumlah yang sangat2 luar biasa besarnya atas nama tanggungjawab sosial.

Pakar menyebut sumbangan tersebut dipercayai ada kaitan dengan pilihanraya yang baru saja berlangsung baru2 neh.

Bukan hanya berjudi, Genting juga terlibat dalam beberapa perniagaan yang lain seperti taman tema dan pelaburan2 lain. Tetapi bukan kah Genting mampu memaksimakan keuntungan nya melalui perjudian? Perjudian ialah sumber asas dan utama keuntungan Genting, betul tak?

Kalau dikaitkan dengan PRU, siapa pula yang ditaja Genting? Takan PR pula kot? Aku suspect BN. Tapi.. tak mustahil juga beb. Genting pergi sumbangkan sejumlah dana kepada BN dan PR sekaligus. Nak jaga kedudukan. Sebagai peniaga, adalah menjadi normal untuk peniaga2 mementingkan perniagaan mereka walau siapa pun yang tadbir negara neh.

Tatau la siapa yang menerima sumbangan Genting tue sebab pakar tak pula mendedahkan siapa yang menerima faedah atas sumbangan sosial tue tetapi aku tetap suspect BN la yang menerima faedah paling utama daripada sumbangan2 tersebut.

Andai kata BN, apa kata Harussani dan ILMU pula? Bagaimana dengan pendapat Ustaz Kazim Elias? Mungkin dorang nak sebut Genting ada buat pengasingan antara wang judi dan wang bukan judi? Atau nak cakap BN ada buat pengasingan antara kempen2 related dengan UMNO ataupun Non UMNO ?

Boleh jadi juga sumbangan tersebut untuk MCA, MIC dan sebagainya, asal bukan UMNO. Tak dinafikan. Apa pun dengan laporan ini kita boleh nampak dah bagaimana syarikat2 besar ini akan membabitkan diri dalam PRU.. pembabitan mereka neh boleh menjadi faktor2 sampingan mempengaruhi keputusan PRU juga beb.

Sumbangan, tajaan dan dana. 

Jika satu2 syarikat tue mahu memenangkan satu2 calon/parti, mereka sumbangkan dana. Dan tidak kah mereka akan mendapatkan sesuatu selepas melakukan PELABURAN? Nama pun bussinessman. Mana ada peniaga yang nak RUGI kan.

Aku kira sindrom neh kalau diamalkan dalam politik hari neh, baik PR dan BN, memang suasana yang kurang baik. Risiko melakukan penyelewengan dalam mengagihkan projek kepada syarikat2 tertentu, yang membantu memberikan kemenangan dalam PRU, bukan lah budaya yang sihat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...