Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Februari 2013

Terkini : Gambar Stadium Gong Badak Runtuh. - Updated.





Lokasi : Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu = Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium = kes bumbung stadium runtuh.

Ini antara gambar2 yang disebarkan di laman blog dan web serta forum ;

 
Pendapat aku rileks dulu. Kalau sungguh runtuh dah lama masuk berita. Atau belum nak masuk lagi.. kot ye pun berita arus perdana abaikan berita ini, rasanya sinar dan malaysiakini = online news akan cover gak isu neh.

So lepak dulu, jangan tuduh apa2 sehingga dapatkan fakta dan kesahihan yang sebenar. Aku sendiri pun tak sure betul ke runtuh ataupun sedang berlaku kerja2 pengubahsuaian. Almaklumla nak PRU.. so kita kena fahamla.. 

Tapi dari apa yang disebarkan disini ==>  http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6926#266720

Memang ia runtuh dan ada individu yang terperangkap. 4 orang cedera dan mereka telah pun di bawa ke hospital. Cedera sebab bumbung itu diruntuhkan ataupun memang runtuh secara tiba2 itu aku tak sure. Tunggu maklumat sahih then baru kita cakap. 

Kalau ia runtuh disebabkan ia runtuh, bukan kerja2 pengubahsuaian maka layaklah orang yang mendapat tender ini dimaki, orang yang luluskan tender ini di maki dan orang yang terlibat dalam projek ini dimaki termasuklah menteri besar terengganu dulu dan sekarang. Apa ko nak tunggu ada orang mati baru nak bertindak? Lue fikirlah sendiri. Bai.

Updated :

Gambar mangsa tragedi bumbung stadium runtuh.


Kerangka struktur bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang dalam kerja baik pulih runtuh menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian pada jam 11.30 pagi tadi. 

Ketika kejadian, seramai 12 pekerja sedang menjalankan kerja pemotongan kerangka lama bagi menggantikan yang baru.  Akibat kejadian itu, dua adripada tiga mangsa patah kaki dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
-BH-

Maksudnya kat sini ;

1. Kerja2 baikpulih sedang berlaku ketika itu..

2. Bumbung stadium runtuh..

3. Tak mungkin secara tiba2..

4. Samada runtuh disebabkan masalah teknikal ..

5. Ataupun kerana memang bumbung stadium tue bermasalah.. tinggal masa nak runtuh je ketika dorang nak betulkan / tukarkan .. tahu2 je runtuh disebabkan kesan/masalah yang telah berlaku suatu ketika itu.. dalam erti kata lain masalah yang wujud dalam pembinaan dulu menyebabkan ia runtuh pada hari ini.

6. Mohon kertas siasatan di buka..nak tengok punca2 runtuhan buat kali kedua..

7. Nasib baik takde yang mati.. tapi ia telah menyebabkan orang cedera.. so tak boleh pandang remeh..

Lue fikirlah sendiri..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...