Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Februari 2013

BTN : Kempen sayangkan Malaysia neh untuk orang melayu je ke?

Cakap banyak takmo. Aku tak menyokong apa2 agenda racist. Aku mungkin tak faham. Aku tak boleh nampak kenapa kita hidup di dunia neh mesti berlandaskan bangsa.. aku tengok setiap bangsa yang wujud pun memang ada bersikap racist dengan cara tersendiri, which is aku rasa itu bukan benda yang baik untuk ditiru.

Bagi aku tak salah setiap manusia sayangkan bangsa masing2. Contohnya dilahirkan melayu then sayang pada bangsa melayu. Yang tak patut bilamana dilahirkan sebagai melayu tapi benci dan jijik pada bangsa melayu.. sampai lupa asal usul. Ini tak elok la. Ko dilahirkan ke dunia dengan bangsa tertentu atas izin Allah swt, kalau ko rasa memalukan jadi bangsa melayu ia sama seperti ko rasa malu dengan apa yang Allah swt bagi kat ko..

Begitu juga dengan bangsa2 lain. Part neh kena bersyukur. Apa yang Allah swt bagi ada sebab dan ada hikmah. Kritik part neh ialah bermaksud ko kritik tindakan dan keputusan Allah swt.

Tapi tak bermaksud bila ko bersyukur jadi melayu ko dihalalkan bersikap racist dan sewenang2nya boleh memupuk semangat untuk membenci bangsa lain.

Kita bersyukur dengan bangsa kita dalam masa yang sama kita kena hormat dengan kewujudan bangsa lain ini kerana Allah swt bukan sahaja ciptakan bangsa melayu bahkan bangsa cina, india, apa2 bangsa sekalipun wujud atas dunia neh dengan izin Allah swt. Menghina dan mengkritik mana2 bangsa sama seperti ko mengkritik keputusan Allah swt.

Kalau nak kritik, kritiklah sikap. Sebab apabila seseorang itu bersikap jahat, dia bawa diri dia, bukan label bangsa. Benci2 bangsa neh aku tak faham. Bahkan aku sukar nak hadam. 

Mungkinla.. kerana aku lahir dari dua bangsa.. dan kekawan aku time sekolah rendah sampai ke belajar dulu pun banyak datang dari spesis2 campur.. jangan tatau aku ada member melayu campur cina tapi dia bukan islam.. sama seperti aku ada member melayu campur benggali tapi dia juga bukan islam.. sebab tue bila nurul izzah voice kan pointkan melayu tak semestinya islam aku setuju.. dalam surat beranak mereka dan mungkin dalam semua surat beranak anak2 bangsa campur neh tertera melayu.. tetapi belum tentu lahai mereka muslim.. atas sebab2 dan keadaan tertentu. Jalan cerita panjang dan aku malas nak ulas sekarang.

Apa pun aku nak tanya isu filem Tanda Putera tue.

Produksi filem nafikan ia filem propaganda politik. Aku bleh terima. Biasalah orang filem. Tapi tak pelik ke kalau BTN gunakan filem neh untuk kempen2 tertentu? Sudahla.. sebut je nama BTN semua orang tahu ia product brainwash untuk sokong UMNO..

Jemputan Menghadiri Program Anjuran BTN

Assalamualaikum w.b.t,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat dua program yang akan dijalankan anjuran Biro Tata Negara (BTN) yang memerlukan kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk memberikan senarai nama pegawai bagi mengikuti program tersebut. Program tersebut adalah seperti berikut:

1. Tajuk Program : Program Bicara YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
"Perkongsian Pengalaman Membina Negara"

Tarikh : 13 Februari 2013 (Rabu)

Masa : 2.00 hingga 5.15 petang

Tempat : Auditorium, Yayasan Kempimpinan Negara
No.1 Jalan P8H, Presint 8
62250 Putrajaya

Bilangan Pegawai yang terlibat : 8-10 orang (terdiri daripada PTD Gred M41, M44 dan M48) (Melayu Sahaja)
2. Tajuk Program : Seminar Patriotism Anjuran BTN
Tayangan Filem "Tanda Putera"

Tarikh : 14 Februari 2013 (Khamis)

Masa : Akan dimaklumkan kemudian

Tempat : Perbadanan Putrajaya

Bilangan Pegawai yang terlibat : 16 orang (terdiri daripada PTD Gred M41, M44 dan M48) (Melayu Sahaja)

3. Sehubungan itu, Jabatan ini memohon sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan senarai nama bagi kedua-dua program ini selewat-lewatnya jam 3 petang untuk tindakan Jabatan ini selanjuntya. Sebagai makluman, surat rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Bersama-sama ini juga dikemukakan borang senarai nama pegawai untuk diisi oleh pihak tuan/puan. 

4. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.  

Aku boleh faham kalau BTN nak serapkan semangat patriotisme kepada rakyat malaysia. Tetapi adakah hanya orang melayu je layak diajar untuk cintakan negara? Selain bukan melayu, apa? Mereka tidak perlu diajar dan dididik dengan semangat cintakan malaysia sebab mereka pendatang? Atau sebenarnya korang takut jika jemputan kepada bukan melayu akan wujudkan konflik disebabkan brainwash tu sememangnya "kejam"? Atau korang ada penjelasan lain? 

Pendapat aku, sudah2lah tu.. elok di didik masyarakat kita agar bersatu padu macam orang indonesia. Ada yang baik dari dorang, yang tue kalau kita tiru, tak rugi apa pun. Bahkan orang2 sabah dan sarawak pun boleh ajar korang macam mana nak respect semua bangsa2 di malaysia neh. Walaupun mereka jauh duduk kat sana, tetapi attitude mereka bab hormati bangsa dan agama jauh lebih maju dari orang semenanjung.. lue fikirlah sendiri. 

Sumber : http://penarikbeca15.blogspot.com/2013/02/untuk-melayu-saja-btn-buat-program.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...